Capcom telah mengumumkan bahawa Mega Man Battle Network Legacy Collection pada Jun yang lalu dan kini mereka telah memberikan kemas kini terbaru mengenainya semasa livestream Tokyo Game Show 2022. Game ini akan tersedia pada tahun 2023 di PS4, Switch dan Steam.
Antara perkara baru yang akan ditambah dalam game ini ialah, Mega Man.EXE akan menjadi Navi peribadi anda dalam model 3D. Dia juga mempunyai suara penuh dan akan berinteraksi dengan anda mengikut gaya bermain dan kawalan anda dalam game. Ini sememangnya sama dengan sistem PET yang ditunjukkan dalam game.

Selain itu, game ini juga akan menambah ciri online battle untuk setiap tajuk game dalam koleksi ini. Tambahan pula, anda juga boleh trade chip dengan pemain lain secara dalam talian. MEsti meriah pasarannya nanti. Kesemua ciri ini masih lagi dalam pembangunan dan harap-harap kita dapat mencubanya tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan anda, Mega Man Battle Network Legacy Collection membawa kesemua 10 tajuk untuk siri Mega Man.EXE. Ia juga datang ciri tambahan baru seperti filter resolusi tinggi dan Art Gallery. Berikut adalah tajuk-tajuk dalam siri:
- Mega Man Battle Network
- Mega Man Battle Network 2
- Mega Man Battle Network 3 White & Blue
- Mega Man Battle Network 4 Red Sun & Blue Moon
- Mega Man Battle Network 5 Team Protoman & Team Colonel
- Mega Man Battle Network 6 Cybeast Gregar & Cybeast Falzar

Tarikh tetap pelancaran masih belum didedahkan tetapi ianya akan dilancarkan pada tahun 2023. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Mega Man daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post