Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGS 2021] Shikabane Kurai no Bouken Meshi – Game RPG terbaru dari pembangun Disgaea!

Maira by Maira
October 2, 2021
in Artikel, Berita, Game Baru, Genre, Nintendo Switch, Platform, PS4, RPG
0 0
0
[TGS 2021] Shikabane Kurai no Bouken Meshi – Game RPG terbaru dari pembangun Disgaea!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini semasa livestream SEGA/ATLUS, pembangun Disgaea, Nippon Ichi Software telah mengumumkan permainan turn-based RPG terbaru mereka iaitu, Shikabane Kurai no Bouken Meshi. Permainan RPG itu akan dilancarkan pada 27 Januari 2022 di Jepun. Ia juga akan tersedia di platform PS4 dan Nintendo Switch. Pra-tempah Shikabane Kurai no Bouken Meshi akan dibuka esok, 3 Oktober dengan harga 6980 yen di kedua-dua platform.

Anda boleh dapati bahawa ilustrasi watak dalam permainan itu sama seperti permainan Disgaea. Ini kerana ianya telah direka oleh Takehito Harada, yang juga mereka ilustrasi watak dalam permainan Disgaea.

Matlamat permainan ini adalah untuk meneroka dungeon yang tersedia sambil mengumpul bahan-bahan masakan. Bahan-bahan ini diperlukan untuk menghasilkan makanan yang akan membantu parti anda. Masakan yang dihasilkan dapat memberikan kekuatan tinggi atau menyembuhkan parti anda. Bukan itu sahaja, ia juga dapat meracun musuh untuk melemahkan mereka. Anda boleh menubuhkan parti anda seramai empat orang.

Sistem penyesuaian permainan ini juga menarik. Ini kerana ia masih mengekalkan stail watak tersebut semasa anda mengubah suai watak mengikut cita rasa sendiri. Antara bahagian yang anda boleh ubah pada watak ialah gaya rambut, warna mata, warna kulit dan banyak lagi!

RelatedPosts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

Itu sahaja maklumat mengenai permainan ini yang dapat dilihat di livestream SEGA/ATLUS di TGS. Kita akan mendapat lebih banyak maklumat mengenainya pada masa depan. Disebabkan permainan ini dilancarkan di Jepun buat masa ini, kita boleh berharap ia akan lancar dalam bahasa Inggeris memandangkan NIS America sering membawa permainan NIS ke market global. Anda boleh membaca liputan kami mengenai TGS 2021 dengan klik di pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Nippon Ichi SoftwareShikabane Kurai no Bouken MeshiTGS 2021
Previous Post

Game MMO Digimon Super Rumble akan keluar Nov 2021 di Korea!

Next Post

[TGS 2021] Pemenang Japan Game Awards 2021 diumumkan, Ghost of Tsushima & Monster Hunter Rise seri tempat pertama!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Game Percuma

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

June 6, 2025
Next Post
[TGS 2021] Pemenang Japan Game Awards 2021 diumumkan, Ghost of Tsushima & Monster Hunter Rise seri tempat pertama!

[TGS 2021] Pemenang Japan Game Awards 2021 diumumkan, Ghost of Tsushima & Monster Hunter Rise seri tempat pertama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd