Nampaknya salah satu permainan yang sangat dinantikan di Tokyo Game Show 2021 telah mendedahkan gameplay mereka di acara tersebut sebentar tadi. Bukan setakat itu, mereka juga merancang untuk membuka pra-pendaftaran dan Final Fantasy VII The First Soldier ini kemungkinan besar mendapat pelepasan pada November ini!
Judul ini diumumkan awal tahun ini sebagai bagian dari judul baru Final Fantasy VII yang mengaitkan dengan siri Remake baru, di samping tajuk mudah alih lain, Ever Crisis. Walaupun Ever Crisis akan menyesuaikan kisah permainan sebelumnya dalam Kompilasi Final Fantasy VII, The First Soldier akan menjadi tajuk yang benar-benar asli.
Dalam FINAL FANTASY VII THE FIRST SOLDIER, pemain akan memulakan pengalaman pertempuran yang sengit di mana mereka mesti berjuang untuk menjadi yang SOLDIER terakhir. Untuk melakukannya, pemain akan menggunakan sihir dan kemampuan khas bersama dengan senjata jarak jauh dan jarak dekat untuk menang di medan perang.
Kawasan “Midgar” diterbitkan semula dalam VR untuk latihan Soldier, dan pemandangan biasa yang muncul di “FFVII” semakin ditampilkan dalam permainan mobile ini.

Baru-baru ini terdapat juga beberapa media yang dapat mencuba beta tertutup permainan ini, seperti yang dikongsikan Famitsu, hampir 76% pemain sangat seronok memainkan permainan ini dari keseuluruahan pengalaman bermain. Sebagai tambahan, tanggapan atas banyak permintaan, diumumkan lagi bahawa “mod latihan” yang dapat diperiksa menggunakan pengawal, senjata, materia, dll. juga akan ditambahkan.
Pemaju juga menyatakan akan terdapat fungsi koleksi yang dapat pemain menukarkan kepada Skin ketika mendapatkannya ketika dalam permainan. Skin-skin ini akan berubah mengikut musim. Bukan itu sahaja, permainan ini juga akan menyokong penggunaan Controller.

Dalam gameplay yang dikongsikan juga boleh nampak pemain dapat memakai baju jaket chocobo yang comel! Pertarungan dan serangan pastinya menggunakan senjata dan terdapat pembelian untuk menggunakan materia dan sebagainya.

Paling menarik apabila seperti yang dikongsikan mereka merancang untuk pra-pendaftaran dibuka pada bulan ini juga sebelum pelepasan pada bulan November ini untuk Final Fantasy VII The First Soldier! Rasa tak sabar nak mainkan sendiri! Jadi jangan lupa untuk ikuti semua pendedahan menarik di TGS 2021 di sini.

@gamersantaimy
Discussion about this post