Saya tahu kamu bersemangat untuk tahu tentang Marvel’s Avengers yang diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment untuk Asia Tenggara. Segala maklumat yang ditunjukkan kepada orang ramai setakat ini tidak menjawab soalan tidak menjawab soalan kan tetapi saya berpeluang main Pre-Alpha Build Marvel’s Avengers di Tokyo Game Show 2019 semalam. Hasilnya, saya mempunyai tanggapan yang lebih mendalam bagaimana Marvel’s Avengers akan disusun dan dimainkan apabila ia keluar pada 15 Mei 2020.
Story Mission yang memberi fokus kepada keunikan setiap wira!
Intro bermula seperti yang korang pernah lihat di trailer sebelum ini. Kini kamu harus mengembara di seluruh dunia dalam usaha untuk cuba memulihkan keamanan kepada dunia yang jatuh ke pengaruh organisasi sulit Advance Idea Mechanics (AIM).
Untuk maju dalam jalan cerita, kamu akan bermula dengan Hero Missions. Ini adalah misi naratif yang direka untuk mengenalkan seorang wira tertentu pada satu masa dan memberikan kamu peluang untuk bereksperimen dengan kuasa, gear dan abilitinya baru. Selain itu, setiap wira mempunyai serangan istimewa. Sebagai contoh, Ironman boleh sasar mana-mana musuh lalu menembak pancaran di dadanya manakala Hulk boleh melakukan tepukan kuat dan memusnahkan musuh berhampiran.
Selain Story Mission, Marvel’s Avengers mempunyai yang tersebar di seluruh dunia. Misi ini boleh memberikan konteks kepada jalan cerita dan memberi lebih banyak maklumat tentang apa yang terjadi kepada setiap wira, tetapi di sinilah kamu boleh bermain dengan rakan-rakan dan mencari item baru untuk meningkatkan wira.
RPG Customisation untuk setiap wira Avengers!
Dengan menyelesaikan misi, kamu boleh meningkatkan karakter pilihan, dan ini memberi peluang untuk pemain berkenalan dengan sistem RPG Skill Tree di dalam game. Kamu boleh unlock serangan baru, abiliti baru, dan kombo baru. Semasa kamu menjelajah dan bertarung di setiap misi, kamu akan memperoleh dan menaik taraf Gear.
Setiap Gear adalah khusus untuk setiap watak, dan setiap bahagian Gear juga dilengkapi dengan kelebihan Perks sendiri. Perks adalah kelebihan unik yang mengubah bagaimana setiap watak bermain dan membolehkan kamu menyesuaikan setiap wira mengikut citarasa pemain. Semakin tinggi rarity Gear tersebut, semakin bagus Perks-nya.
Main seperti yang kamu mahu!
Setiap wira sebenarnya mempunyai sistem pergerakan dan kombo unik yang mereka boleh unlock. Ini direka bentuk untuk mencerminkan cara permainan kamu sendiri. Sistem pertempurannya pun mudah untuk belajar dan cara setiap wira bertarung berjaya menunjuk perbezaannya. Captain America boleh berlindung dengan perisainya, dan melemparkan perisai sebagai serangan, Thor menyerang memakai Mjolnir dan boleh terbang, Ironman juga boleh terbang dan menembak laser, Hulk boleh melompat tinggi dan memegang musuh sebagai senjata dan manakala Black Widow berlawan menggunakan senjata api.
Bagaimana kamu bermain sebagai Earth’s Mightiest Heroes terpulang kepada diri sendiri, dan Crystal Dynamics sedang berusaha di belakang tabir untuk memenuhi tanggapan orang ramai. Perjalanan masih panjang untuk Marvel’s Avengers, dan masih banyak yang perlu dibincangkan, tetapi kamu harus gembira kerana usaha dan tenaga yang pasukan ini bawa kepada game ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post