Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGS 2019] Perubahan ketara dari yang lalu membuatkan FINAL FANTASY VII REMAKE Mengagumkan!!

Selamat tinggal OLD SKOOL RPG!

Nyny.A by Nyny.A
September 13, 2019 - Updated on March 3, 2020
in Artikel, Berita, PS4
0 0
0
[TGS 2019] Perubahan ketara dari yang lalu membuatkan FINAL FANTASY VII REMAKE Mengagumkan!!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang semua tahu minggu ini kita mempunyai satu acara permainan yang besar di Tokyo iaitu Tokyo Game Show 2019! Pelbagai perkongsian maklumat, demo permainan, pelancaran permainan yang ada disana. Kami sendiri tidak melepaskan peluan dan berada di Tokyo semata-mata untuk berkongsikan pengalaman disini! Tak Tokyo la kan kalau tidak mencuba sendiri permainan yang paling digemari di seluruh dunia iaitu Final Fantasy, jadi kami akan berkongsikan serba sedikit ulasan pengalaman bermain demo Final Fantasy VII Remake semalam!

Dalam demo percubaan ini kami berpeluang bermain selama 15 minit, tetapi maaf kali ini kami tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar atau video hanyalah beberapa tangkapan skrin yang dibenarkan oleh pihak Square Enix.

Final Fantasy VII adalah sebuah permainan RPG yang hadir untuk PlayStation 1 pada tahun 1997. Pembuatan semula permainan ini telah diumumkan awal tahun lalu dan kami turut berkongsikan banyak artikel mengenai Final Fantasy VII Remake ini. Menceritakan mengenai Cloud Strife seorang tentera upahan yang menyertai organisasi eko-pengganas untuk menghentikan megacorporation yang mengawal dunia daripada menggunakan intipati planet ini sebagai sumber tenaga. Peristiwa menghantar Cloud dan sekutunya untuk mengejar Sephiroth, seorang superhuman yang berniat memusnahkan planet mereka. Semasa perjalanan, Cloud membina persahabatan yang rapat dengan ahli partinya, termasuk Aerith Gainsborough, yang memegang rahsia untuk menyelamatkan dunia mereka.

Kita sambung semula dengan demo gameplay 15 minit yang kami dapat cuba sendiri; Didalam permainan ini kita mempunyai kebolehan, mantra/jampi dan arahan barangan dan arahan terhad jika gauge yang terhad telah penuh. Setiap watak mempunyai kebolehan tersendiri dan cara mengawalnya juga berbeza-beza, jadi ini antara kebolehan dalam watak yang kami sempat cuba;

Peta Midgar masih mengekalkan konsep yang asal tapi diberi nafas baru dari segi kualitinya, bertemakan kegelapan, steampunk modern dan lebih tambahan warna untuk menyerlahkan lagi Midgar!

Kebolehan Cloud Strife (senjata Broadswords)

  • Braver – merupakan Soul Break unik Cloud yang hanya boleh diguna menggunakan Buster Sword. Kebolehanya menangani serangan kerosakan fizikal bukan unsur yang berat kepada musuh tunggal dan kos dua bar dari gauge Soul Break untuk melakukanya.
  • Serangan istimewa – Focused Thrust, Triple Slash

Kebolehan Barret Wallace (senjata Gun-arms)

  • Menggunakan tanganya yang mempunyai senjata seperti machine gun, Barret mampu mengunakan serangan Steel Skin, Focused Shot dan Bullet Barrage

Secara amnya, kegunaan Keupayaan dan Barangan akan menolak gauge ATB. Dalam demo ini memang kami dapat menggunakan sehingga 2 ATB gauge untuk satu watak, jadi kami masih tidak dapat memastikan adakah ia akan ditambah atau tidak. Jampi menggunakan MP, dimana ianya tidak akan terus terisi selepas pertempuran, jadi kita harus gunakanya dengan terhad  kecuali diisi semula menggunakan item atau rehat.

Gauge terhad hanya akan terisi bila anda menerima serangan, dalam demo ini gauge terhad untuk Cloud adalah Cross Slash, untuk Barret masih tidak pasti sebab dia jarang kena serangan). Berlindung (Guarding) akan mengurangkan kerosakan yang mendatang walaupun anda menghadapi serangan dari arah lain.

Kita juga boleh menyerang, mengelak, dan menyekat dalam masa nyata dan semasa anda menangani kerosakan, anda akan membina tenaga ATB. Mengelak agak menarik, sebab terdapat banyak kebebasan dalam penggerakkan dimana untuk mengelak. Jadi elak sahaja selepas melakukan serangan.

Berlawan dengan Bos

Dalam demo ini, kami turut dapat melawan dengan satu bos iaitu Scorpion Sentinel yang sebenarnya mempunyai ‘stagger gauge’. Jadi kita harus perhatikannya untuk menyerang bahagian lemah, bos akan terhutung hayang dan tidak dapat begerak untuk seketika jadi ketika itulah lebih banyak peluang untuk kita menyerangnya.

MelawanScorpion Sentinel sebenarnya mempunyai 4-5 fasa, ditambah pula dengan scene 1 fasa ke fasa yang berikut membuatkan anda merasa seperti menonton filem scifi.

Pengalaman keseluruhan

Kesegaran dalam Final Fantasy VII Remake memang ternyata memuaskan hati dan tersangatlah berbeza berbanding zaman RPG old skool dahulu. Terdapat banyak reka bentuk inovatif dilaksanakan seperti bos yang mengejutkan, cara baru menggunakan ukuran bar ATB, gunakan lebih persekitaran di medan perang. Terdapat juga fasa dalam pertempuran bos dimana ia akan mengecas dan menembak laser yang besar dan kita perlu berlindung di belakang serpihan untuk mengelak kerosakan.

Pembezaan di antara watak  dan kegunaanya akan mejadi tersangatlah berbeza. Bermain sebagai Barret membolehkan kami menyerang musuh dari jarak yang selamat, juga membantu Cloud untuk mendapatkan lebih serangan dari arah yang lebih berjarak. Cloud lebih sesuai untuk serangan jarak dekat dan memberi lebih kerosakan terhadap musuh.

Walaupun banyak lagi mekanik permainan, skill tree, kuasa watak lain, item, barangan yang kami tidak dapat cuba, kami pasti lebih banyak kelebihan akan hadir di Final Fantasy VII Remake ini! Kami rasa tak sabar dengan pelancaranya 3 March 2020 nanti! Mesti menjadi satu permainan yang gempak lah tahun hadapan!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FFVII Remakefinal fantasyFinal Fantasy 7 Remakefinal fantasy vii remakesquare enixTGS 2019tokyo game showTokyo Game Show 2019
Previous Post

Mario Kart Tour akan keluar 25 September! Pra-daftar untuk peranti mobile kamu sekarang!

Next Post

[TGS 2019] Tanggapan Pertama Marvel’s Avengers – Pengalaman menjadi ahli Avenger paling autentik!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[TGS 2019] Tanggapan Pertama Marvel’s Avengers – Pengalaman menjadi ahli Avenger paling autentik!

[TGS 2019] Tanggapan Pertama Marvel's Avengers - Pengalaman menjadi ahli Avenger paling autentik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd