Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGA 2021] Game survival-horror Alan Wake 2 akan keluar di konsol next-gen & PC pada 2023!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 10, 2021
in Artikel, Berita, PC, PS5, Seram, Xbox Series X|S
0 0
0
[TGA 2021] Game survival-horror Alan Wake 2 akan keluar di konsol next-gen & PC pada 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Epic Games Publishing dan pembangun Remedy Entertainment telah mengumumkan game survival-horror Alan Wake 2 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC yang bakal dilancarkan pada 2023.

Pada masa yang sama, Remedy telah mendedahkan treler sinematik untuk Alan Wake 2 di The Game Awards. Ini hanya sinematik semata-mata dengan visual CGI sehingga adegan close-up Alan Wake yang dilakonkan oleh Ilkka Villi. Digambarkan sebagai game “survival-horror”, Alan Wake 2 nampaknya akan meninggalkan formula action-adventure untuk bertukar ke suasana yang lebih seram dan menakutkan walaupun Alan Wake 1 sudah sangat cemerlang dalam aspek ini.

Gameplay tidak dikongsi, tetapi montaj persekitaran seperti Bright Falls serta persekitaran banjir yang tidak dikenali boleh dilihat di dalam video. Sekuel ini dijangka akan keluar pada tahun 2023 dan ini bermaksud Remedy mempunyai banyak masa untuk berkongsi maklumat tentang pembangunan dan gameplay pada kemudian hari. Menurut sumber, berita lanjut akan diumumkan pada musim panas 2022.

Bagi mereka yang tidak tahu, Alan Wake dilancarkan pada tahun 2010 sebagai game action-adventure dengan unsur-unsur seram sepanjang penceritaan sinematik. Remedy Entertainment baru-baru ini mengeluarkan versi remaster untuk Alan Wake pertama, supaya generasi baru peminat dapat mengalami siri ini buat kali pertama. Selain itu, Alan Wake juga tampil sebagai DLC untuk Control, yang mengembangkan lagi latar belakang game dan memberi isyarat bahawa jalan ceritanya masih belum tamat dan ada kesinambungan.

Rupanya teori itu betul kerana Alan Wake 2 akhirnya diumumkan. Game ini akan keluar untuk PC, PS5, and Xbox Series X/S. Untuk segala liputan kami tentang TGA 2021 (The Game Awards 2021), sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Alan Wake 2Remedy EntertainmentTGA 2021
Previous Post

The Dungeon of Naheulbeuk akan hadir di PS4 Disember ini!

Next Post

Netflix membatalkan siri live action Cowboy Bebop selepas satu musim!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Netflix membatalkan siri live action Cowboy Bebop selepas satu musim!

Netflix membatalkan siri live action Cowboy Bebop selepas satu musim!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd