Godfall adalah permainan pertama yang disahkan untuk PlayStation 5, dan akan dilancarkan bersama konsol baru itu pada cuti 2020. Game baru ini akan diterbitkan oleh Gearbox Publishing, dan sedang dibangunkan oleh Counterplay Games. Dillabelkan sebagai permainan AAA third-person melee combat yang “lebih seronok bermain bersama rakan”, permainan ini akan menjadi judul eksklusif untuk PS5 dan akan dikeluarkan di PC melalui Epic Games Store.
“Kami sedang berinovasi dengan Godfall untuk memberi nafas baru dalam genre action-RPG. Ini dilakukan dengan memberi gameplay yang menarik. Kami bercadang untuk menyediakan banyak loot kepada para pemain untuk memastikan ada kesan kepada gameplay dan gaya bermain.” – Keith Lee, pengarah kreatif Godfall dan CEO Counterplay Games.
Trailer yang disiarkan semasa The Game Awards, menunjukkan tiga wira yang cuba melarikan diri daripada bangunan yang runtuh. Mereka memakai perisai hiasan dan mempunyai ciri-ciri haiwan di bawah pakaian mereka. Setiap wira memegang senjata unik yang mungkin dikuasakan oleh unsur-unsur magik. Di atas mereka pula ialah naga berkepala tiga yang datang menghampiri tiang cahaya.
Memang banyak yang kami tidak tahu kerana ia hanya cinematic trailer, tetapi saya berharap mereka akan dedahkan gameplay Godfall dalam masa terdekat. Pasti ramai yang ingin tahu juga kan?
@gamersantaimy
Discussion about this post