Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

TerraTech Worlds (Akses Awal) Review — Bebas Mencipta Tech Tersendiri, Mempunyai Banyak Potensi!

Maira by Maira
April 22, 2024
in Artikel, Berita, Game, Game Review, PC, Review, Steam, Survival
0 0
0
TerraTech Worlds (Akses Awal) Review — Bebas Mencipta Tech Tersendiri, Mempunyai Banyak Potensi!
Share on FacebookShare on Twitter

Game terbaru daripada Payload Studios iaitu TerraTech Worlds versi akses awal telah pun dilepaskan beberapa minggu yang lalu. Tetapi atas beberapa sebab agak susah untuk mengeluarkan review game ini lebih awal kerana banyak masalah yang muncul selepas pelancarannya. Selepas beberapa hotfix diberi, akhirnya dapat juga untuk mainkan game ini tanpa banyak masalah, walaupun masih ada lagi beberapa perkara yang masih boleh diperbaiki. Memandangkan ini hanyalah versi akses awal, sudah pasti lebih banyak perkara yang akan ditambah baik nanti.

Sebelum mula anda akan diperkenalkan dengan sebuah planet yang dipanggil Nibiru. Anda diberikan maklumat ringkas mengenainya serta melihat sumber yang tersedia di planet itu. Anda juga dapat melihat info lain seperti suhu, land mass serta tahap kesukaran planet tersebut.  Anda boleh menamakan sendiri save anda. Jadi tidaklah anda tertukar dengan save daripada playthrough lain. Setelah itu, anda boleh launch untuk mulakan ekspedisi anda.

Selepas itu, ada cutscene pendek yang menyampaikan mesej tentang role anda sebagai Prospector yang sertai pasukan elit Exo-Planetary Prospector untuk meneroka Nexus World. Anda akan meneroka dunia asing untuk mengumpul sumber serta membangunkan infrastruktur di sana. Tetapi cutscene tersebut penuh dengan glitch, tahu-tahu anda sudah berada di Nibiru.

Sumber: Payload Studios

Jujur kata game ini berikan konteks yang agak sedikit untuk mainkannya. Tutorial dia memang dia bagi yang terpaling asas. Tidak begitu banyak yang diterangkan. Anda hanya diajar dengan perkara-perkara seperti bergerak, combat dan mining. Selain daripada itu, banyak perkara anda kena teroka sendiri sambil anda meneroka di planet alien itu.

Kami pada mulanya agak keliru juga pada awal game, setelah hampir sejam, kami boleh biasakan sedikit dengan kawalan serta mekanik game ini. Itu pun kami sering bertukar antara mouse dan controller kerana controller tidak disokong sepenuhnya untuk game ini.

Sumber: Payload Studios

Awal game memang agak sakit untuk progress kerana banyak sumber yang perlu dikumpul untuk menyelesaikan beberapa misi awal. Masa yang kami habiskan dalam game ini banyak diberikan dalam penerokaan mencari sumber yang diperlukan. Ianya sangat perlahan dan membuatkan kami agak bosan kerana terpaksa mengulang proses sama yang lama. Untuk hancurkan ore atau aluminium sehaja mengambil masa yang lama. Selepas itu perlu tunggu pula untuk bateri laser untuk pulih sebelum menembak sumber lain untuk dikumpul. Sumber-sumber ini juga agak susah untuk dicari. Walaupun anda membuka peta, ia tidak memberikan langsung maklumat mengenainya. Kami pasti ramai yang akan rasa leceh untuk mencari segala sumber ini. 

Sumber: Payload Studios

Untuk base sahaja sudah memakan masa yang lama untuk mencari sumber yang berada di sekeliling planet untuk hasilkan bahagian untuk base. Kami dapati lebih cepat jika anda raid sahaja musuh untuk dapatkan beberapa bahagian yang mungkin terdapat di struktur musuh. Kalau ingin bina base senang sahaja. Anda hanya perlu hasilkan bahagian penting struktur dan snap sahaja untuk cantumkannya. Tetapi kadang-kadang ia agak leceh kerana ada beberapa sudut yang membuatkan struktur tidak bercantum dengan tepat. Jadi anda kena sering ubah sudut pandangan anda untuk membina dengan baik.

Sembang tentang crafting pula, prosesnya agak laju tetapi pencarian sumber itu yang menjadikannya lama. Itu pun anda perlukan stok carbon yang banyak untuk menghidupkan power generator untuk menghidupkan mesin crafting. Nasib baik segala bahan struktur disenaraikan untuk dicari. Tidaklah anda membuang masa mencari bahan yang tidak diperlukan untuk struktur yang anda ingin bina.

Sumber: Payload Studios

Mengenai combat pula, ianya sangat mudah. Kalau anda berada pada posisi yang baik, anda boleh tumpaskan musuh dengan cepat. Untuk lebih cepat menumpaskan musuh, kami syorkan anda untuk menyerang senjata mereka. Jadi tiada masalah untuk anda mendekati mereka dan memberikan damage yang lebih tinggi. Robot musuh yang tumpas akan memberikan beberapa item yang boleh anda gunakan pada robot anda sendiri. Ini sudah semestinya berguna kerana anda tidak perlu bersusah payah untuk grind sumber untuk hasilkan bahagian lain untuk robot anda. 

Sumber: Payload Studios

Sudah tentu customisation robot merupakan salah satu perkara penting dalam game ini. Dengan binaan yang betul, anda boleh mining dan combat tanpa sebarang masalah. Sebagai contoh, anda boleh gunakan laser mining untuk mencari sumber manakala untuk combat, anda gunakan sahaja senjata serta bawa banyak ammo untuk menghapuskan segala Tech berhampiran. 

Sumber: Payload Studios

Customization game ini juga agak mudah seperti bermain Lego. Anda boleh customize Tech anda pada bila-bila masa dengan hanya menekan Tab dan terapungkan Tech anda. Akan ada beberapa bahagian yang anda boleh ubah pada Tech anda seperti tayar, connector dan attachment lain. Terdapat juga beberapa pilih warna yang tersedia daripada awal game untuk anda gayakan Tech anda. 

Sumber: Payload Studios

Di sinilah anda boleh serlahkan kreativiti anda dalam menghasilkan Tech tersendiri. Tetapi anda juga perlu fikir mengenai faktor-faktor lain seperti mobiliti dan kegunaannya. Anda juga tidak boleh overload onboard reactor kerana Tech anda akan merosakkan Tech anda sendiri. Berat Tech juga perlu diambil kerana pergerakannya akan menjadi perlahan dan susah untuk dikawal. Jadi akan perlu rancang customization Tech dengan baik dengan mengambil kira physic serta logic build anda.

Sumber: Payload Studios

Mengenai visual game, bagi kami ia tidaklah begitu demand. Kualiti antara Low dan Epic tidaklah begitu berbeza. Ia juga tidak menjejaskan prestasi game semasa bermain. Reka bentuk dunianya juga mempunyai estetika yang simple dan cukup menarik untuk sebuah game sandbox. 

Grafik Low
Grafik Epic

Walaupun meneroka dunia ini terasa seronok tetapi persekitarannya terasa sedikit sunyi kerana tiadanya muzik latar. Rasanya kami sudah biasa dengan game dengan muzik latar tetapi agak kekok apabila bertemu dengan TerraTech Worlds yang hanya membuatkan anda mendengar Tech serta beberapa elemen lain seperti tumbuhan, Tech lain dan laut. UI dalam game juga terlampau simple dengan reka bentuknya ala-ala holographic. Walaupun begitu, ia susunannya cukup bagus membuatkan anda mudah navigasinya.

Sumber: Payload Studios

Kesimpulan

TerraTech Worlds ada potensi untuk menjadi sebuah game yang menyeronokkan buat sesetengah orang, lebih-lebih buat mereka yang suka membina robot dan meneroka. Tetapi ada banyak perkara yang boleh diperbaiki lagi terutamanya dalam balance game. Ia terasa sangat tidak seimbang daripada segi proses mencari sumber, yang mengambil masa yang cukup lama. 

Sumber: Payload Studios

Walaupun begitu, proses menghasilkan Tech sendiri terasa begitu seronok dengan pelbagai bentuk serta rekaan yang boleh dihasilkan. Penerokaan juga boleh tahan seronok dengan pelbagai terrain serta musuh yang boleh dijumpai sepanjang jalan. Anda juga boleh mendapatkan beberapa item yang diingini dengan lebih cepat berbanding menghasilkannya sendiri melalui crafting.

Sumber: Payload Studios

Memandangkan game ini hanyalah akses awal, melihat segala hotfix yang dikeluarkan oleh pembangun, kami pasti game penuhnya nanti akan menjadi lebih baik. Mereka juga sudah mengacah beberapa kandungan menarik yang akan dilepaskan sepanjang tahun ini. Jadi buat anda yang tidak begitu kisah dengan segala kekurangan pada TerraTech Worlds ini, anda bolehlah mencubanya sekarang di Steam.

Kod dibekalkan oleh Epicsoft Asia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Terratech Worlds (Early Access) - Versi 0.1.4

6 Score

PROS

  • Ada banyak potensi untuk berkembang lebih baik
  • Penyesuaian Tech yang bebas

CONS

  • Perlu mining banyak material untuk crafting
  • Kekurangan audio untuk pengalaman bermain yang imersif
  • Tutorial yang terpaling asas
  • Perlu manual atau panduan yang terperinci buat pemain baru

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: TerraTech Worlds
ShareTweetSend
Previous Post

nubia Neo 2 5G Hadirkan Dual Shoulder Trigger! Bakal Tersedia Hujung April Ini Dengan Harga RM 999!

Next Post

Koleksi PUMA x PLAYSTATION Sudah Tersedia! Bergaya Dengan Kasut PlayStation!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Koleksi PUMA x PLAYSTATION Sudah Tersedia! Bergaya Dengan Kasut PlayStation!

Koleksi PUMA x PLAYSTATION Sudah Tersedia! Bergaya Dengan Kasut PlayStation!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd