Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unboxing – Terokai masa depan bersama bundle MTG Kamigawa: Neon Dynasty

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 9, 2022
in Artikel, Berita, Kad Strategi
0 0
0
Unboxing – Terokai masa depan bersama bundle MTG Kamigawa: Neon Dynasty
Share on FacebookShare on Twitter

Wizards of the Coast bakal memperkenalkan Kamigawa: Neon Dynasty, set terbaru permainan ‘trading card’ tertua dan terbaik dunia, Magic: The Gathering (MTG). Kembalinya satah asal yang dilihat dalam blok Kamigawa yang dilancarkan pada 2004, Kamigawa: Neon Dynasty mentransformasikan latar yang diinspirasikan zaman feudal Jepun kepada neonscape futuristik dan akan dilancarkan pada 18 Februari 2022 untuk versi tabletop.

Di kota yang penuh dengan pencakar langit, pohon ceri dan bunga sakura, ninja siber Kaito Shizuki berusaha mencari Maharaja Kamaigawa yang telah hilang. Dengan ‘planeswalkers’ Tamiyo dan The Wanderer yang kembali di sisinya, Kaito mesti melalui neon-neon Undercity untuk menyiasat misteri-misteri yang sedang terbongkar; misteri yang mengancam dunia kerohanian Kamigawa dan keseimbangan halus antara jiwa dan mesin.

Berlatarkan 1,200 tahun selepas peristiwa kisah Kamigawa yang asal, Neon Dynasty menggabungkan elemen lama dengan baru dengan mengubah mekanika asli dan memperkenalkan keupayaan baru. Mekanik yang baru, Konfigurasi Semula memberikan makhluk dalam permainan keupayaan untuk melengkapkan diri mereka menjadi makhluk lain, selain mendapatkan bonus baharu. Kad dua muka kini kembali dan menjadi kunci untuk mengubah arus pertempuran, dengan Saga yang bertukar menjadi makhluk pesona bagi menawarkan kebolehan unik kepada pemain.

Channel juga kembali dalam Neon Dynasty, membenarkan pemain membuang kad untuk mendapatkan kesan sementara. Seorang lagi mekanika yang kembali, Ninjutsu, membolehkan makhluk Ninja melepasi pertahanan lawan: kad-kad yang mempunyai Ninjutsu boleh dimainkan secara menyerang dengan mengembalikan makhluk yang tidak disekat ke tangan pemiliknya.

Makhluk-makhluk legenda Kamigawa kembali dengan tumpuan kepada lima Spirit Dragon yang menjadi pusat kepada satah. Makhluk Samurai dan Ninja juga kembali dengan lelaran baru untuk dikumpulkan pemain.

Mengambil inspirasi daripada ikonografi tradisi Jepun, Neon Dynasty menampilkan 10 “Ukiyo-e” kawasan asas dengan setiap jenis kawasan mendapat dua seni blok kayu berbeza tersedia dalam versi ‘foil’ dan ‘non-foil’.

Set baharu itu juga membawa kemodenan kepada estetika feudal dengan bingkai pameran Ninja dan Samurai, sekali gus menggayakan jenis makhluk khusus ini dengan sempadan yang elegan dan futuristik.

Dengan kerjasama istimewa bersama artis Jepun terkemuka Hara Tetsuo (Fist of North Star), Yoji Shinkawa (Metal Gear Solid), dan ramai lagi, Neon Dynasty menampilkan beberapa karya indah kad seni penuh yang mempamerkan makhluk Legenda tertentu dan Planeswalkers dari set tersebut sebagai kepingan yang mempesonakan.

Kamigawa: Neon Dynasty tersedia dalam ‘Draft Boosters’, ‘Theme Boosters’, ‘Collector Boosters’, ‘Set Boosters’ selain Neon Dynasty Bundle dan dua dek Komander.

Masa untuk unboxing

Wizard of the Coast turut menghantar satu bundle penuh dengan siri pek kad dan produk Kamigawa: Neon Dynasty “misteri” untuk kita bongkarkan.

Pakej ini datang dalam beg ala-ala bento kecil yang comel dan apabila buka ikatannya, kita dapat pelbagai merchandise bertema Kamigawa: Neon Dynasty dan beberapa cantik unik. Pembungkusan kad, tidak perlu kata, memang sangat cantik, dan menyerlahkan lagi gaya neon neo-Jepun dengan sempurna.

Selain kad, Wizard of the Coast turut menghantar dadu, kiub tiga dimensi seperti puzzle, haiwan origami comel dan lampu suluh UV yang berguna untuk sesuatu misteri.

Akhir sekali ialah sejenis surat yang nampaknya hilang beberapa huruf. Adakah ini misterinya? Iya, betul! Menggunakan lampu UV tadi, satu-satu huruf yang hilang akan ditemui dan jika semuanya dikumpul, ia akan mengeja “EMPEROR MISSING”.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kamigawa: Neon Dynasty, layari laman web rasmi mereka di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Kamigawa: Neon DynastyMagic: The GatheringMTG
Previous Post

Preview Assassin’s Creed Valhalla: Dawn of Ragnarok – Kuasa dewa dalam tangan

Next Post

Anime Edens Zero sah mendapat musim kedua!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Anime Edens Zero sah mendapat musim kedua!

Anime Edens Zero sah mendapat musim kedua!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd