Tamagotchi antara benda yang boleh anda “flex” ketika 2000-an dulu. Mana tidaknya, agak susah untuk memilikinya dahulu tetapi sekarang ia lebih mudah didapati malah terdapat beberapa model khas dihasilkan berdasarkan anime. Antara anime yang telah mendapat Tamagotchi ialah Demon Slayer, Evangelion dan Jujutsu Kaisen. Kali ini, satu lagi anime akan mendapat Tamagotchi tersendiri iaitu Spy x Family, siri yang sedang hangat untuk musim ini. Jom kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.
Tamagotchi Spy x Family ini merupakan salah satu keluaran baru untuk siri Tamagotchi Nano. Anda akan ditugaskan untuk menjaga Anya Forger, salah satu watak utama sirianime tersebut. Untuk menjaganya, anda perlulah memberinya makanan serta bermain game untuk membuat Anya gembira.

Mengikut cara penjagaan anda, Anya boleh berubah dengan pelbagai jenis pakaian yang diinspirasikan daripada siri. Ini termasuklah pakaian khas dan unik untuk Tamagotchi ini. Selain itu, dia juga boleh membuat beberapa ekspresi muka yang menunjukkan perasaannya. Seperti Tamagotchi yang lain, sudah tentu sesuatu yang buruk boleh berlaku kalau anda tidak menjaga watak dengan elok. Untuk Tamagotchi versi Spy x Family ini, Anya boleh melarikan diri jika anda tidak menjaganya dengan baik. Kalau anda sayangkannya, maka jagalah elok-elok.

Anda boleh membuat pra-tempah dahulu untuk Tamagotchi ini kerana ia akan tersedia pada 17 Disember ini. Ia juga dijual dengan tanda harga 2,530 Yen (anggaran RM 90). Tetapi selalunya kalau sampai Malaysia, harganya boleh mencecah RM 100 ke atas. Terdapat dua versi warna yang boleh anda miliki iaitu Anya-cchi Pink dan Spy Green. Jadi boleh pilih warna kesukaan anda.
Kalau anda ingin membaca liputan lain mengenai Tamagotchi daripada kami, sila klik pautan ini.
Sumber: Bandai
@gamersantaimy
Discussion about this post