Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

TEORI GS: Siapakah sebenarnya Dabi?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 8, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
TEORI GS: Siapakah sebenarnya Dabi?
Share on FacebookShare on Twitter

Dabi adalah antara misteri terbesar di siri My Hero Academia sehingga hari ini. Dengan manga kini hampir mencapai klimaks story arc “Paranormal Liberation War“, peminat tidak sabar untuk membongkarkan identiti sebenar penjahat ini. Sejak pengenalannya, ia sangat jelas bahawa Dabi mempunyai Quirk yang sama dengan Endeavour. Ini membuat ramai peminat percaya bahawa Dabi, yang merupakan salah satu ahli League of Villains yang paling kuat, sebenarnya ada kaitan yang sangat rapat dengan komuniti Hero.

Dalam isu terkini di manga My Hero Academia, Dabi telah mendedahkan identitinya kepada Hero no.2, Hawks tetapi peminat hanya dapat melihat “speech bubble” hitam apabila pendedahan itu berlaku. Identiti sebenar Dabi pasti besar kerana Hawks sendiri pun tidak boleh menahan perasaan terkejutnya. Pelbagai teori telah muncul di atas talian selepas itu tetapi mari saya berkongsi beberapa teori peribadi tentang siapa sebenarnya Dabi!

Adegan yang dikatakan di atas

Todoroki Toya

Todoroki Toya

Jawapan yang paling jelas adalah salah satu yang kebanyakan peminat percaya adalah yang paling tepat, dengan banyak klu menunjukkan Dabi sebagai Todoroki Toya. Dia adalah anak sulung kepada Endeavour dan dianggap “lemah” oleh bapanya, ketika Endeavor menumpukan segala masa dan usahanya untuk mengatasi All Might serta mengajar anaknya, Todoroki Shoto, untuk mengikuti jejaknya. Walaupun ramai yang menganggap Toya sudah mati, nampaknya perkara itu tidak berlaku dan terdapat beberapa petanda tentang identiti sebenar Dabi sejak dia berinteraksi dengan Endeavor dan menggunakan kuasa apinya. Todoroki Toya, pada masa ini, adalah pilihan yang paling jelas!

High End Nomu

Nomu adalah seekor raksasa yang dicipta dengan pelbagai Quirk untuk digunakan bagi menentang para Hero, malah boleh bercakap. Mungkinkah Dabi pun adalah salah satu daripada High End Nomu terawal yang pernah dicipta, dan DNA nya berasal daripada Endeavour. Walaupun teori ini tidak seteguh seperti di atas, ia boleh menjadi satu posibiliti selepas kita melihat bekas-bekas ciptaan doktor Garaki. Dengan uasaha League of Villains untuk menghasilkan Nomu bagi seimbangkan kekuatan dengan Hero, Dabi mungkin adalah pesaing kepada Endeavour.

Bukan sesiapa yang kita kenal

Dengan macam-macam lagi misteri berkisarkan identiti Dabi, dia mungkin adalah seseorang yang kita tidak tahu! Pencipta, Horikoshi Kohei mungkin ingin bermain perang psikologi bersama pembaca dengan membuat Dabi sebagai anak Endeavour, apatah lagi apabila diberi kuasa yang hampir sama seperti beliau. Selepas Dabi mendedahkan identitinya kepada Hawks, jelas bahawa Hawks tahu siapa diri Dabi tetapi ini tidak semestinya bermakna kita sebagai pembaca pun kenal dia.

Bagi pendapat, siapakah Dabi sebenarnya? Antara teori di atas, yang manakah anda rasa paling tepat? Jom kongsi pendapat anda di ruang komen!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBoku no Hero AcademiaDabimangaMy Hero AcademiaTeori
Previous Post

KANTOI! Info baru tentang Tajuk, Protagonis & Latar Belakang Resident Evil 8!

Next Post

Stok pre-order versi fizikal Final Fantasy VII Remake mungkin akan ditangguhkan pengeluarannya!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Stok pre-order versi fizikal Final Fantasy VII Remake mungkin akan ditangguhkan pengeluarannya!

Stok pre-order versi fizikal Final Fantasy VII Remake mungkin akan ditangguhkan pengeluarannya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd