Kita semua tahu yang E-sports memang tengah mengembang dan memang benda ni tak boleh nak dielakan. Kita mungkin nampak esports sebagai sukan yang boleh digunakan sebagai tempat kerjaya, ataupun business tetapi kita ada satu lagi perkara yang esports ni boleh buat iaitu rekrut tentera.
Yup, korang tak salah baca. Memang ada satu pasukan E-sports dalam AS yang kesemuannya ahlinya adalah Tentera AS yang dikatakan hebat dalam game, tapi persoalannya, game apa diorang main? Well, Fortnite, PUBG, Tekken, NFL, NBA2K, LOL, Overwatch dan COD.
Here's what Soldiers are saying. pic.twitter.com/TJu86wpvAk
— U.S. Army Esports (@USArmyesports) November 14, 2018
Jadi, apa kaitan dengan rekrut baru? Ramai yang kata ini adalah propaganda untuk Tentera masuk dalam game supaya boleh yakinkan remaja untuk masuk tentera. Dan mesti kata “Kau mesti power shooting, boleh dah masuk tentera ni.” See? Nampak psikologi kat situ?
Erti kata lain, diorang wujud sebab diorang join E-sports mania sekali, mana tau Shroud ke Fallen atau Forsaken ke nak masuk team ni, tapi apa-apa pun kena masuk tentera dulu. Kalau korang nak tengok borang dia camne, boleh tekan sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post