Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tencent Umum “Light of Motiram” – Gameplay Menyerupai Horizon Zero Dawn!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 29, 2024
in Artikel, Berita, Epic Store, Open World, PC, Steam, Survival
0 0
0
Tencent Umum “Light of Motiram” – Gameplay Menyerupai Horizon Zero Dawn!
Share on FacebookShare on Twitter

Polaris Quest, sebuah anak syarikat Tencent Games, secara rasmi telah memperkenalkan Light of Motiram, sebuah game “open-world survival crafting” yang menggabungkan elemen eksplorasi pasca-apokalips, pertempuran strategik, dan ancaman haiwan mekanikal. Game ini akan dilancarkan untuk PC melalui Steam dan Epic Games Store, PlayStation 5, iOS dan Android, namun tarikh keluaran masih belum diumumkan.

Kredit: Tencent

Apa yang paling menarik sekali ialah game ini menyerupai hampir 90% Horizon Zero Dawn terbitan PlayStation.

Dengan gabungan makhluk mekanikal, eksplorasi dunia luas, dan elemen survival, Light of Motiram dibandingkan dengan francais Horizon sejak mula diperkenalkan. Namun, game ini mempunyai keunikan tersendiri dengan tumpuan kepada crafting dan gameplay berasaskan komuniti.

Kredit: Tencent

Dalam Light of Motiram, Bumi yang kita kenali telah berubah menjadi sebuah dunia liar yang tidak bertamadun, di mana binatang mekanikal gergasi—yang dipanggil “Mechanimals”—berkeliaran dengan bebas.

Manusia, yang kembali kepada zaman primitif, harus bangkit daripada kehancuran dan membentuk laluan baru untuk kelangsungan hidup dan inovasi. Pemain akan menjelajahi pelbagai biom, daripada hutan tropika dan padang pasir yang tandus kepada puncak gunung bersalji, sambil menemui runtuhan kuno dan misteri di sebalik Motiram.

Kredit: Tencent

Misi utama Light of Motiram ialah mengajak pemain membina semula tamadun dari awal. Dengan sistem pembinaan yang digerakkan oleh simulasi fizikal realistik, pemain boleh mereka bentuk struktur yang kompleks, daripada kubu yang kukuh kepada tempat perlindungan bijak.

Setiap kayu dan batu bata akan bertindak balas kepada daya fizikal dunia sebenar, memastikan binaan anda realistik semasa menahan cabaran persekitaran.

Kredit: Tencent

Pertempuran dalam Light of Motiram menekankan kepada ketepatan dan kemahiran. Pemain mesti mengelak, bertahan, dan melakukan serangan balas pada masa yang tepat untuk bertahan dalam pertempuran sengit melawan musuh yang kuat.

Mechanimals memainkan peranan penting dalam dinamik ini, dengan lebih daripada 100 teman unik yang boleh dijinakkan, dilatih, dan disesuaikan. Setiap Mechanimal memiliki abiliti tersendiri, sama ada untuk sokongan pertempuran atau meningkatkan pengeluaran sumber, membolehkan pemain mencipta sekutu yang kuat dan unik.

Kredit: Tencent

Light of Motiram juga menyokong mod “cooperative multiplayer” sehingga 10 pemain. Bersama rakan-rakan, anda boleh memburu binatang mekanikal, mengumpulkan sumber, dan mengusahakan projek pembinaan berskala besar.

Kemajuan game diselaraskan secara lancar, memastikan pengembaraan anda terus berjalan tanpa henti.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Light of MotiramTencent Games
ShareTweetSend
Previous Post

“Me and the Alien MuuMuu” Akan Diadaptasi Menjadi Anime Pada 2025!

Next Post

Project Mugen Diberi Nama Rasmi “Ananta,” Open-World RPG Baru Oleh NetEase Games!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
Project Mugen Diberi Nama Rasmi “Ananta,” Open-World RPG Baru Oleh NetEase Games!

Project Mugen Diberi Nama Rasmi "Ananta," Open-World RPG Baru Oleh NetEase Games!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd