Tencent Games merupakan salah satu syarikat yang besar dalam industri gaming. Baru-baru ini, syarikat tersebut telahpun mengumumkan kerjasama bersama Logitech G untuk membina satu konsol gaming cloud terbaru. Jom kita lihat lebih lanjut mengenai kerjasama antara Tencent dan Logitech G ini.
Dengan kepakaran Tencent dalam software dan Logitech G dalam hardware, mereka ingin membawa sesuatu yang baru dalam pasaran iaitu cloud gaming handheld. Konsol handheld ini dikatakan boleh memainkan beberapa game dalam talian dan nampaknya syarikat itu juga telah berbincang dengan NVIDIA dan Microsoft untuk membawa servis GeForce NOW dan Xbox Cloud Gaming pada konsol tersebut. Jadi pemain konsol boleh bermain game AAA apabila mereka jauh daripada PC ataupun konsol mereka.

Logitech G dan Tencent Games berkongsi visi bersama tentang masa depan gaming dan komited untuk memastikan kualiti yang lancar untuk gaming daripada cloud. Cloud gaming menggunakan server untuk menstrim game kepada pengguna. TIdak perlu memuat turun atau install game pada PC atau konsol. Sebaliknya, game dipaparkan dan dimainkan pada remote server dan pengguna berinteraksi dengannya secara lokal pada peranti masing-masing.

Walaupun begitu, selain daripada pengumuman rasmi ini, tiada maklumat lanjut yang didedahkan oleh Tencent dan Logitech G. Nama serta reka bentuk konsol handheld itu juga tidak ditunjukkan. Harap-harap kita akan mendapat maklumat baru mengenainya berserta harga dan tarikh pelancarannya.
Anda boleh ikuti perkembangan lanjut mengenai gaming handheld baru ini dengan mengikuti akaun atau laman web rasmi Logitech G dan Tencent Games.
@gamersantaimy
Discussion about this post