Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Temui Jodoh Dalam “Crazy Ones” – Kini Dibuka untuk Pra-Pendaftaran!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 12, 2024
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Simulator
0 0
0
Temui Jodoh Dalam “Crazy Ones” – Kini Dibuka untuk Pra-Pendaftaran!
Share on FacebookShare on Twitter

Game mobile, Crazy Ones, kini rasmi membuka pra-pendaftaran di Malaysia menjelang pelancarannya yang dijadualkan pada Januari 2025!

Dibangunkan oleh Dreality Entertainment dan diterbitkan oleh Noctua Games, game dating sim anime ini membawa percintaan, daya tarikan, dan drama novel visual ke pengguna iOS dan Android di Asia Tenggara.

Crazy Ones merupakan sim dating anime berpusatkan lelaki, direka untuk memberikan pengalaman hidup impian kepada pemain. Ceritanya berkisarkan seorang protagonis lelaki yang disokong oleh empat watak wanita menarik, masing-masing dengan personaliti dan jalan cerita yang unik.

Sama ada anda mencari cinta sejati atau ingin menikmati naratif yang diilhamkan oleh anime romantik, Crazy Ones menawarkan gabungan antara penceritaan novel visual, ciri-ciri interaktif, dan gameplay menarik.

Kredit: Noctua Games

Kenali Teman Wanita Bishojo Anda

Game ini memperkenalkan pemain kepada empat heroin bishojo, masing-masing mewakili archetype yang berbeza: Hyouka Natsume, Tomoko, Hakuo, dan Chika Ono.

Pilihan anda akan menentukan bagaimana hubungan itu berkembang, memberikan pengalaman kisah cinta yang mendalam di mana setiap interaksi sangat bermakna.

Kredit: Noctua Games

Crazy Ones meningkatkan genre mobile sim dating dengan pelbagai ciri menarik:

  • Gameplay Interaktif: Berbual, membuat panggilan, dan membantu teman wanita anda memilih pakaian untuk mengeratkan hubungan.
  • Pertempuran Turn-Based: Pertempuran unik bergaya anime menggunakan kad khusus teman wanita untuk mengatasi cabaran seperti pepijat dan ralat.
  • Penceritaan Novel Visual: Lihat latar belakang setiap teman wanita melalui sinematik berkualiti tinggi dan suara oleh pelakon suara terkenal.
  • Customization dan Koleksi: Lengkapkan album foto anda, buka acara istimewa, dan terokai detik-detik intim untuk memaksimumkan percintaan anda.
Kredit: Noctua Games

Selain bercinta, Crazy Ones menambahkan elemen strategi dengan membolehkan pemain menguruskan syarikat mereka sendiri. Rekrut pasukan berbakat, hadapi cabaran, dan capai kejayaan profesional—sambil menjaga hubungan romantis anda.

Pra-daftar sekarang untuk menjadi antara yang pertama bermain Crazy Ones apabila ia dilancarkan pada Januari 2025. Untuk kemas kini lanjut, layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Crazy OnesDating Sim
ShareTweetSend
Previous Post

UNIQLO Umum UT “SpongeBob x Cactus Plant Flea Market” – Tersedia Esok!

Next Post

Reviu Red Dead Redemption (PC) – Klasik Berusia 14 Tahun, Dilahirkan Semula di PC

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Next Post
Reviu Red Dead Redemption (PC) – Klasik Berusia 14 Tahun, Dilahirkan Semula di PC

Reviu Red Dead Redemption (PC) - Klasik Berusia 14 Tahun, Dilahirkan Semula di PC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd