Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Temu ramah eksklusif One Piece live action bersama Franz Spilhaus & Koji Kawamoto! Kisah di sebalik tabir aksi siri!

Maira by Maira
September 11, 2023
in Artikel, Berita, Movie/siri, Temuramah
0 0
0
Temu ramah eksklusif One Piece live action bersama Franz Spilhaus & Koji Kawamoto! Kisah di sebalik tabir aksi siri!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri One Piece live action telah pun ditayangkan di Netflix pada 31 Ogos yang lalu. Kita telah ditunjukkan dengan pelbagai aksi-aksi hebat dalam siri tersebut. Kami pasti ada antara anda yang tertanya-tanya bagaimana aksi-aksi ini dihasilkan. Berita baiknya, kami dapat menemu ramah orang penting di sebalik tabir untuk stunt siri One Piece live action iaitu Franz Spilhaus (penyelia stunt) dan Koji Kawamoto (stunt pedang) secara eksklusif! Jadi tanpa membuang masa, berikut adalah hasil temu ramah kami!

Sumber: Netflix: Behind the Streams

Adakah anda sudah mengenali One Piece sebelum terlibat dengan adaptasi live action ini?

Spilhaus: Ya, saya tahu tetapi saya bukanlah penonton tegar tetapi lebih kepada saya telah lihat dan dengar daripada pelakon stunt yang lebih muda daripada saya. Sekarang saya juga super fan!

Kawamoto: Ya, saya baca buku komik (One Piece).

Adakah anda melakukan sesuatu yang berbeza untuk One Piece live action berbanding perkara yang anda biasa lakukan pada masa lalu?

    Spilhaus: Kami teringin untuk pelakon melakukan kami sebanyak yang mereka boleh dalam rancangan ini, jadi pendekatan kami adalah lebih sengit dalam latihan dan persediaan mereka untuk semua kerja stunt mereka. Selain itu, kami benar-benar mahu kekal setia kepada manga, jadi kami melakukan banyak penyelidikan untuk memastikan kami mendapat semua rentak dan emosi seperti yang ditunjukkan dalam manga untuk setiap adegan. Berkenaan dengan kebolehan istimewa pelbagai watak, kami membawa banyak animasi untuk dapat visualisasikan apa yang akan kami lihat pada skrin dalam pertarungan. Ini termasuk perkara yang tidak boleh dilakukan oleh manusia biasa, seperti meregang seperti getah! Ha ha!

    Kawamoto: Saya berlatih bagaimana untuk menggunakan tiga pedang dan belajar pose watak-watak.

    One Piece Live Action
    One Piece. Iñaki Godoy as Monkey D. Luffy in season 1 of One Piece. Cr. Casey Crafford/Netflix © 2023

    Adakah anda menambah apa-apa pada gaya pertarungan watak individu untuk menjadikan mereka berasa lebih peribadi?

    Spilhaus: Kami benar-benar mahu setiap watak mempunyai ciri yang sama seperti watak dalam manga, jadi kami banyak menumpukan perhatian kepada mereka. Namun dengan Sanji, kami menyedari bahawa sepakan sahaja sukar untuk mengekalkan rasa segar dan mengujakan, jadi kami menambahkan beberapa gerakan breakdance dan gaya sepakan yang berbeza pada latihannya untuk memastikan ia menarik, termasuklah beberapa kerja wayar halus juga.

    Kawamoto: Saya cuba masukkan seberapa banyak pose daripada manga.

    Ada adegan tertentu yang anda banggakan daripada siri?

    Spilhaus: Ha ha, kesemuanya! Tetapi serius, mereka semua sangat spesial dan unik dalam cara mereka tersendiri sambil mereka menceritakan pelbagai kisah dengan emosi berbeza. Tentang perincinan ini, anda perlulah tunggu dan tontonnya pada 31 (Ogos).

    Kawamoto: Saya rasa adegan pertarungan antara Zoro dan Mihawk perlu ditonton, dan akan syorkan orang ramai untuk menontonnya!

    One Piece Live Action
    One Piece. Iñaki Godoy as Monkey D. Luffy in season 1 of One Piece. Cr. Casey Crafford/Netflix © 2023

    Apakah ada bakat tertentu yang anda suka bekerja sepanjang keseluruhan proses produksi?

    Spilhaus: Semua pelakon sangat bermotivasi dan berminat untuk melakukan persembahan terbaik sehingga mereka semua meletakkan 100% setiap hari untuk menjadikannya kelihatan hebat, dan untuk penyelaras aksi yang hebat, jadi kami menyukai mereka semua. Jika saya terpaksa memilih salah satu yang paling rajin bekerja ia adalah Taz, kerana dia perlu mempelajari kemahiran ini dari awal dan dia menghabiskan berjam-jam untuk menyempurnakan kemahirannya.

    Kawamoto: Mereka semua pelakon hebat. Saya rasa sangat teruja untuk bekerja bersama Mackenyu sebab dia mempunyai kebolehan hebat dalam melakukan aksi.

    Bagaimanakah pengalaman bekerja dengan Mackenyu sebagai Roronoa Zoro?

    Spilhaus: Dia seseorang yang profesional dan sangat menyukai watak Zoro. Dia mahu setiap pergerakan sempurna dan saya sangat menghormatinya. Dia seorang pengguna pedang yang hebat, jadi itu hebat untuk dimiliki.

    Kawamoto: Seperti yang saya nyatakan dalam jawapan saya kepada soalan sebelumnya, Mackenyu mempunyai set kemahiran yang sangat hebat, jadi membuat koreografi pertarungan untuknya adalah pengalaman yang sangat menyeronokkan. Saya mempunyai idea tentang perkara yang dia boleh lakukan, dan saya pasti dia boleh menghasilkan idea-idea ini.

    One Piece Live Action
    One Piece. Iñaki Godoy as Monkey D. Luffy in season 1 of One Piece. Cr. Casey Crafford/Netflix © 2023

    Apakah bahagian yang paling mencabar? Adakah terdapat sebarang adegan tertentu yang sukar dilakukan?

    Spilhaus: Terdapat beberapa perkara yang mencabar pada mulanya untuk diselesaikan. Yang jelas ialah Luffy yang meregang (badan), tetapi yang paling mencabar ialah Buggy dan badannya yang terurai dan cara mereka bentuk dan menembaknya. Itu benar-benar mencabar, dan penolong penyelaras saya Darrell Mclean ditugaskan untuk menghasilkan adegan ini dan melakukan kerja yang cemerlang.

    Kawamoto: Saya tidak boleh sangat berbahasa Inggeris, jadi sukar untuk berkomunikasi dengan semua orang. Set Arlong Park sangat sukar, kerana ia adalah pertarungan yang dikoreografikan di atas batu kecil.

    Apakah perkara paling gila yang berlaku semasa anda berada di set?

    Spilhaus: Apabila stunt nelayan kami terpaksa menyelam ke dalam kolam untuk melawan Zorro dan Sanji dan (suhu) airnya 9 darjah celsius pada pertengahan musim sejuk dan setiap kali mereka keluar dari air, topeng ikan mereka akan diisi dengan air dan mereka tidak dapat melihat apa-apa, dan tangan mereka beku sehingga hampir mustahil untuk memegang senjata.

    Kawamoto: Saya tidak fikir ada sesuatu yang gila tentangnya kerana terima kasih kepada penyelaras stunt kami, Franz, kami dapat merakam adegan pergaduhan dengan selamat.


    Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda semua. Terima kasih banyak-banyak kepada Franz Spilhaus dan Koji Kawamoto kerana sudi menjawab soalan kami ini. Kami juga sempat untuk cuba menghasilkan semula gaya pertarungan pedang Zoro semasa acara khas One Piece live action Netflix! Anda boleh tonton video dibawah!

    Jangan lupa untuk tonton One Piece live action di Netflix sekarang! Untuk mendapatkan berita lain mengenai One Piece daripada kami, boleh klik pautan ini.

    Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
    @gamersantaimy
    Tags: Franz SpilhausKoji KawamotoOne Piece Live Action
    ShareTweetSend
    Previous Post

    Boss Fight terlalu susah? Armored Core VI Patch 1.02 buat perubahan supaya lagi senang!

    Next Post

    Attack on Titan The Final Season Part 4 Akan Tayang 4 November Ini! Ada Sambutan Khas Juga! [UPDATE]

    Maira

    Maira

    Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

    Related Posts

    Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
    Berita

    Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

    June 8, 2025
    No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
    Berita

    No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

    June 8, 2025
    Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
    Preview

    Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

    June 8, 2025
    Next Post
    Attack on Titan The Final Season Part 4 Akan Tayang 4 November Ini! Ada Sambutan Khas Juga! [UPDATE]

    Attack on Titan The Final Season Part 4 Akan Tayang 4 November Ini! Ada Sambutan Khas Juga! [UPDATE]

    Discussion about this post

    Discord Kami

    Sertai Discord kami

    Facebook Kami

    YouTube Kami

    Twitter/X Kami

    Follow @GamerSantaiMY

    Tweet to @GamerSantaiMY

    Anime

    Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
    Berita

    Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

    June 5, 2025
    Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
    Animasi

    Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

    June 4, 2025
    Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
    Berita

    Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

    June 3, 2025
    Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
    Filem

    Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

    June 2, 2025
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Privacy & Policy

    © 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

    Welcome Back!

    Login to your account below

    Forgotten Password?

    Retrieve your password

    Please enter your username or email address to reset your password.

    Log In
    No Result
    View All Result
    • Berita
    • Temuramah
    • Review
    • Sister Sites
      • Wanuxi
      • Gamer Braves
      • GamerWK
      • Gamer555

    © 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd