Bukan sekadar pemain kami dapat temuramah, kami juga berkesempatan untuk menemu ramah seorang artis jemputan di PMCO Global Final 2019 yang berasal dari Indonesia! Merupakan seorang gadis berdarah campuran British-Indonesia, memperkenalkan Pevita Pearce seorang pelakon dan penyanyi yang makin popular di Indonesia!
Dijemput untuk Team-up show match dimana perlawanan di peta Sanhok menentang selebriti, profesional dan beberapa peminat dari kalangan penonton! Jadi selepas Alan Walker, kami juga dapat mengejar Pevita Pearce untuk menemu ramah beliau. Okay jom lihat temuramah kami bersama beliau!
S: Bagaimana perasaan anda mengenai acara hari ini, anda bermain di perlawanan selebriti hari ini jadi bagaimana perasaan anda tentang itu?
Pevita Pearce: Saya rasa tersangatlah seronok dan sengit dalam masa yang sama! Selalunya saya akan bermain secara santai di rumah dan kali ini di arena, ternyata sebuah pengalaman besar untuk saya!
S: Apa perasaan anda bila dapat menentang pemain profesional?
Pevita Pearce: Disebabkan saya mempunyai beberapa kawan yang merupakan pemain pro, selalunya ketika bermain dengan mereka, mereka yang akan menyokong permainan saya dan kadang-kadang membuatkan saya rasa agak tidak berguna. Tapi kali ini dapat bermain dengan pemain pro yang lain ternyata sangat seronok!
S: Pasukan mana yang anda sokong dan beri tumpuan dalam kejohanan ini?
Pevita Pearce: Sudah semestinya saya memberi tumpuan kepada Bigetron dari Indonesia! Saya fikir mereka sangat berbakat dan berada di dalam berada dalam PMCO Global Final, ia sangat mengagumkan dan berinspirasi kepada generasi muda di Indonesia.
S: Adakah anda rasa mereka mempunyai peluang yang baik untuk acara ini?
Pevita Pearce: Ya. Saya agak optimis apabila mereka bermain di Vikendi. Saya harap mereka mendapat kedudukan terbaik dan looting terbaik supaya semua yang terbaik akan dapat untuk Bigetron!
S: Anda selalu bermain game? Adakah hanya PUBG Mobile merupakan permainan yang hanya anda main?
Pevita Pearce: Banyak permainan yang saya main, tetapi saya jenis setia terhadap sesuatu permainan yang saya minat sehinggalah saya berubah ke permainan lain. Saya pernah juga bermain Counter Strike ketika di sekolah rendah, dan dari stiu saya mendapat kemahiran untuk bermain PUBG Mobile.
S: Permainan mudah alih telah berkembang pesat di Indonesia, apa pendapat anda mengenai trend permainan di Indonesia?
Pevita Pearce: Ya, ianya meluas begitu cepat dan pantas. Saya sangat berharap ianya akan menjadi peluang terbaru dan menjadi sebuah hiburan yang sihat di Indonesia.
S: Sekarang telah mempunyai ramai artis yang menubuhkan pasukan Esports tersendiri. Ada anda terfikir mengenainya?
Pevita Pearce: Ya betul, tetapi masih belum saya dengar di Indonesia lagi. Tapi saya ada memikirkan rancangan tersebut bersama rakan-rakan dan selebriti yang lain mengenainya.

S: Boleh anda kongsikan rancangan tersebut pada kami?
Pevita Pearce: Disebabkan ramai orang dalam dunia hiburan bermain permainan PUBG Mobile, jadi kami ada merancang untuk membuat acara amal dan pertandingan suka-suka untuk kesemua artis.
S: Ada anda bermain permainan lain di platform yang lain?
Pevita Pearce: Buat masa ini hanya di telefon pintar. Sebelum ini saya turut bermain PUBG di PC, tetapi untuk sekarang bermain permainan di telefon pintar lebih menyenangkan.
S: Adakah anda terfikir satu hari nanti anda akan menjadi duta untuk permainan?
Pevita Pearce: Saya berharap demikian. Saya tidak pasti bagaimana untuk menjawabnya tetapi saya benar-benar berharap demikian!
S: Ada kata-kata terakhir?
Pevita Pearce: Terima kasih Malaysia untuk sokongan yang anda berikan! Dan jika ada acara di Malaysia nanti jangan lupa untuk menjemput saya!
Jadi ada yang tengok perlawanan Pevita Pearce semalam? Membara tak? Jangan lupa untuk tonton perlawanan hari ini di Youtube PUBG Esports dan terus beri sokongan buat pasukan Asia Tenggara okay!
@gamersantaimy
Discussion about this post