Anda peminat Pokemon? Bolehlah beri peluang kepada satu game MMO baru yang diinspirasikan daripada francais popular itu. Game tersebut bertajuk Temtem, dan ia akan dilancarkan secara rasmi pada 6 September ini di PS5, Nintendo Switch, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam dan Humble Store. Buat masa ini, Temtem tersedia sebagai akses awal di PS5 dan PC kalau anda ingin mencubanya.
Untuk pengetahuan anda, Temtem ini hampir sama macam Pokemon tetapi lebih ditargetkan kepada pemain yang lebih dewasa. Pemain akan mengumpul raksasa, bertempur malah ada fungsi MMO untuk anda bermain bersama kawan-kawan. Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga kosmetik untuk didapatkan serta mod game baru untuk dicuba selepas pelancaran rasmi.
Untuk pemain konsol, game ini akan tersedia secara fizikal dan digital. Anda sudah boleh untuk pra-tempah versi fizikal untuk semua platform manakala untuk versi digital pula tersedia di kedai platform masing-masing. Tetapi pemilik Switch perlu menunggu buat sementara waktu ini kerana ia masih belum tersedia untuk pra-tempah. Terdapat juga edisi Digital Deluxe yang akan hadir dengan beberapa kandungan bonus.

Tentang Temtem
Setiap kanak-kanak mempunyai impian untuk menjadi Temtem tamer, untuk mengembara di enam pulau terapung sekitar Archipelago, menjumpai spesis baru serta membuat rakan baru sepanjang pengembaraan. Kini, sudah tiba masanya untuk anda pula memulakan perjalanan epik anda dan realisasikan impian tersebut.

Kalau anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai game ini, boleh lawati laman web rasminya. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post