Baru-baru ini, Naraka: Bladepoint telah membuka sesi ujian demo untuk pemain mereka yang tersedia di PC melalui Steam. Namun, mereka telah menerima banyak aduan masalah ketika bermain demo game ini dan menyebabkan pembangun 24 Entertainment mengambil keputusan untuk menambah masa permainan sehingga 24 Jun jam 2 pagi.
Dear FORERUNNERS,
To appreciate your support and get further feedback, we decided to extend #NARAKABLADEPOINT Steam Final Beta for one more day.The Beta will be closed at:
June 23rd 10:00 PDT
June 23rd 14:00 GMT-3
June 23rd 17:00 UTCCheck Notice👇https://t.co/vtdpWvnIpT
— NARAKA: BLADEPOINT (@NARAKATHEGAME) June 22, 2021
24 Entertainment menyatakan mereka telah mengenal pasti beberapa masalah seperti frame rate rendah dan kerencatan semasa bermain. Hasil dari maklum balas pemain yang diterima, mereka telah pun memuat naik patch baru untuk ujian demo ini bagi meningkatkan pengurusan memori grafik, menyelesaikan masalah kad grafik, dan menjadikan FPS game lebih lancar serta stabil. Namun, buat masa ini masih ada beberapa keadaan yang menyebabkan pemain Naraka: Bladepoint mengalami kerencatan, tetapi pembangun akan cuba menyelesaikan masalah ini untuk versi seterusnya.
Selain dari itu, pasukan 24 Entertainment telah menjalankan banyak ujian keserasian mengikut masalah yang dilaporkan oleh pemain, dan analisis data menunjukkan bahawa prestasi game ini telah bertambah baik serta melepasi tahap demo Naraka: Bladepoint sebelum ini. Mereka juga telah mengoptimumkan pemuatan peta bagi memastikan setiap pemain akan mempunyai pengalaman persaingan yang lebih adil ketika game dimulakan, dan peralihan kamera untuk pemerhatian akan lebih lancar. 24 Entertainment akan cuba menyelesaikan segala masalah yang ada di dalam game mereka sebelum pelancaran global pada 12 Ogos ini, bagi memberikan pemain pengalaman pertarungan yang lebih menyeronokkan.
Tambahan pula, 24 Entertainment telah menyenaraikan beberapa isu keseimbangan serta bug yang dijumpai dalam demo, dan mereka telah melakukan beberapa kemaskini seperti memperbaiki masalah Matari yang terapung di udara, mengurangkan kesan penyembuhan Kurumi, membetulkan masalah Tianhai ketika kebolehan Titan’s Call berakhir dan menyelesaikan masalah serangan ketika berlari dengan Spear. Mereka juga telah membuat penambahbaikkan pada beberapa senjata supaya pemain boleh mengawalnya dengan lebih lancar ketika bermain.
Ujian demo Naraka: Bladepoint akan berakhir pada 24 Jun jam 2 pagi ini. Jadi bagi pemain yang berminat untuk mencuba acara demo ini secara percuma, anda boleh tekan sahaja pada pautan yang saya sediakan ini. Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang game ini, anda boleh juga membaca pandangan pertama Naraka: Bladepoint dari kami.

@gamersantaimy
Discussion about this post