Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tekken World Tour 2022 akan diadakan bermula 24 Jun!

safwan by safwan
June 1, 2022
in Artikel, Berita, Fighting, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Tekken World Tour 2022 akan diadakan bermula 24 Jun!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco Entertainment Asia telah mengumumkan ulang tahun kelima TEKKEN 7 sejak ia dilancarkan. Game itu juga terjual sebanyak 9 juta salinan seluruh dunia. Sempena sambutan ini, TEKKEN WORLD TOUR 2022 akan kembali ke medan perlawanan esport yang sengit.

Dilancarkan pada tahun 2017, game ini menyambut ulang tahun kelimanya hari ini, telah menjual lebih 9 juta di seluruh dunia malah mencipta rekod baru untuk siri utama TEKKEN. Untuk meraikan sokongan berterusan daripada semua pemain, TEKKEN mengeluarkan ilustrasi istimewa yang dilukis oleh artis, jbstyle.

Oleh itu, mereka akan menganjurkan TEKKEN World Tour yang akan bermula pada 24 Jun 2022. 

Selepas dua tahun tanpa acara offline, edisi baharu ini akan dibuat secara bersemuka dan memberikan perlawanan terbaik, terutamanya untuk World Tour Finals yang dijadualkan akan  berlaku pada awal 2023. Pemain akan di senaraikan melalui 16 leaderboard regional berdasarkan prestasi mereka dalam kejohanan utama.

Dari situ, Regional Final di kebanyakan wilayah untuk memilih pemain yang akan mewakili rantau mereka ke pusingan akhir TEKKEN World Tour, yang akan diadakan di Eropah pada awal 2023.

Anda boleh mendapatkan mata untuk mendaki leaderboard melalui beberapa acara:

Acara DOJO

Acara DOJO akan diadakan secara offline dan online. Ianya terbuka kepada semua pemain di seluruh dunia. Walaupun begitu, hanya pemain dari rantau yang sama daripada acara boleh memperoleh mata untuk Leaderboard Regional. Jumlah mata yang anda dapat akan berbeza-beza bergantung kepada saiz kejohanan. 

Acara DOJO Prime

Acara ini akan sama dengan acara DOJO tetapi akan disokong dari segi kewangan oleh TEKKEN World Tour dan jumlah mata yang diberikan tidak akan berdasarkan bilangan peserta. Penganjur kejohanan boleh memohon agar acara mereka menjadi acara DOJO Prime.

Acara MASTER

Dalam acara Master, anda boleh mengambil bahagian secara bebas dan memperoleh mata di seluruh dunia. Acara ini disokong secara rasmi dan akan memberikan lebih banyak mata untuk leaderboard. 

Acara MASTER ialah:

  • CEO (Daytona Beach, FL, United States) – 24 Jun – 26 Jun 2022 
  • EVO (Las Vegas, NV, United States. EVO akan menjadi acara Master+ dan memberikan lebih banyak mata kepada pemain) – 5 Ogos – 7 Ogos 2022 
  • VSFighting (Birmingham, United Kingdom) 19 Ogos – 21 Ogos 2022 
  • RevMajor (Manila, Philippines) – 17 September – 18 September 2022 
  • The Mix Up (Lyon, France) – 1 Oktober – 2 Oktober 2022

Leaderboard Regional akan bergerak bergantung pada pelbagai acara yang akan berlaku. Anda akan diberikan kedudukan berdasarkan prestasi dalam Master offline serta 4 prestasi terbaik mereka daripada acara DOJO. Antara 4 dan 16 pemain setiap wilayah akan mara ke Regional Finals, yang akan diadakan di 13 daripada 16 wilayah. 

Untuk rantau Oceania, Timur Tengah, dan Filipina & Asia Timur, pemain leaderboard teratas akan layak terus ke TEKKEN World Tour Finals. Untuk sebarang butiran lanjut mengenai TEKKEN World Tour, anda boleh dapatkan di sini. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik berkenaan game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Tekken 7Tekken World Tour 2022
Previous Post

Ketahui Siri Kamen Rider di era Heisei! Bermulanya era baru francais! PART 1 (2000- 2019)

Next Post

Pokemon Scarlet & Violet akan dilancarkan 18 November ini, Legendary baru diperkenalkan!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pokemon Scarlet & Violet akan dilancarkan 18 November ini, Legendary baru diperkenalkan!

Pokemon Scarlet & Violet akan dilancarkan 18 November ini, Legendary baru diperkenalkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd