Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

TEKKEN 8 Kini Terjual Sebanyak 2 Juta Salinan di Seluruh Dunia!

Maira by Maira
February 28, 2024
in Artikel, Berita, Fighting, Game, PC, PS4, PS5, Steam
0 0
0
TEKKEN 8 Kini Terjual Sebanyak 2 Juta Salinan di Seluruh Dunia!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco Entertainment Asia mengumumkan bahawa TEKKEN 8 telah pun dijual sebanyak 1 juta unit di seluruh dunia pada hari pertama dilancarkan dan 2 juta unit pada bulan pertama. Sokongan untuk game ini akan diteruskan melalui pelbagai kemas kini kandungan, acara esport, muzik dan pengumuman pelesenan!

TEKKEN 8
Sumber: Bandai Namco Entertainment

Bercerita tentang TEKKEN esport, TEKKEN WORLD TOUR 2024 akan bermula pada 13 April 2024. Melihat kejayaan TEKKEN WORLD TOUR sepanjang hayat TEKKEN 7, kini pemain boleh bertarung dalam TEKKEN 8 melalui acara TEKKEN WORLD TOUR 2024 di seluruh negara untuk mengutip mata dan progress melalui ranking, dengan harapan untuk capai pusingan akhir TEKKEN WORLD TOUR dan berpeluang untuk menjadi pemain TEKKEN 8 terbaik dunia.

TEKKEN 8
Sumber: Bandai Namco Entertainment

Sebagai kemas kini biasa, Tekken Shop akan hadir ke dalam game. Kedai dalam game ini akan menawarkan item penyesuaian seperti kostum daripada game terdahulu, skin watak untuk avatar dan item berlesen daripada kolaborasi game. Dengan ini pemain boleh meletakkan sentuhan mereka tersendiri pada watak TEKKEN kegemaran.

TEKKEN 8
Sumber: Bandai Namco Entertainment

Dengan jualan lebih 2 juta salinan pada bulan pertama jauh mengatasi game yang lalu, TEKKEN 7, yang mempunyai jumlah rekod jualan tertinggi siri iaitu lebih daripada 11.8 juta salinan terjual di seluruh dunia.

Tentang TEKKEN 8

Siri TEKKEN memegang rekod sebagai cerita terpanjang dalam francais game video. Seperti yang dinyatakan dalam dialog pengakhiran Tekken 7, entri baharu ini akan memfokuskan kepada pertembungan bapa dan anak antara Kazuya Mishima dan Jin Kazama.

Sumber: Bandai Namco Entertainment

Dikuasakan oleh Unreal Engine 5 dan tersedia secara eksklusif pada PS5, Xbox Series X|S, dan PC Digital, TEKKEN 8 menolak had perkakasan dan teknologi gen baharu. Game ini menampilkan model watak berdefinisi tinggi yang dibina daripada mula dengan kulit dan rambut ketelitian tinggi, bersama-sama dengan grafik yang mengasyikkan seperti otot yang beralih untuk mencerminkan pergerakan watak.

Untuk dapatkan segala liputan mengenai TEKKEN daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Tekken 8TEKKEN ShopTEKKEN WORLD TOUR 2024
ShareTweetSend
Previous Post

Paranormal Activity: Found Footage Diumumkan, Game Seram Baharu oleh Pencipta The Mortuary Assistant!

Next Post

SEGA MEGA MARCH Sale Kini Berlangsung di PS Store! Dapatkan Game Dengan Diskaun Sehingga 88%

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
SEGA MEGA MARCH Sale Kini Berlangsung di PS Store! Dapatkan Game Dengan Diskaun Sehingga 88%

SEGA MEGA MARCH Sale Kini Berlangsung di PS Store! Dapatkan Game Dengan Diskaun Sehingga 88%

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd