Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tekken 8 closed network test bermula 21-24 Julai di PS5; 28-31 Julai di Xbox Series & PC

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 12, 2023
in Artikel, Berita, Beta, Fighting, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Tekken 8 closed network test bermula 21-24 Julai di PS5; 28-31 Julai di Xbox Series & PC
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka menganjurkan closed network test untuk Tekken 8 dari 21 hingga 24 Julai di PS5, dan sekali lagi dari 28 hingga 31 Julai di PS5, Xbox Series dan PC melalui Steam. Buat sesiapa yang berminat, pendaftaran tersedia sekarang melalui laman web rasmi.

Menurut Bandai Namco Studios Inc., TEKKEN 8 adalah entri TEKKEN paling menakjubkan secara visual dan mendalam dan memperkenalkan perubahan yang besar kepada pertempuran termasuk sistem “agresif” baharu yang menggalakkan gaya fokus agresif. Satu lagi penambahan baharu ialah cross play, yang meningkatkan tahap persaingan dengan membenarkan pemain untuk melawan 1v1 tidak kira platform.

Dalam CNT akan datang, pemain dijemput untuk mengalami “Ranked Matches” dan membantu menambah baik mekanik dan ciri gameplay utama dengan memberi respon bernas. Berikut adalah isi kandungan Tekken 8 CNT.

Kredit: Bandai Namco

Mode

  • Ranked Match (Sehingga 10 rank)
    • Menyokong Cross-platform Matchmaking

Perubahan Gameplay

  • “Heat Energy” telah dibuang.
  • Had tempoh (masa pengaktifan heat ) “Heat Timer” akan berubah bergantung pada cara heat diaktifkan.
  • “Heat Smash” telah diseragamkan untuk semua watak yang boleh dimainkan.

Watak yang boleh dimainkan

  • Asuka
  • Bryan
  • Claudio
  • Hwoarang
  • Jack-8
  • Jin
  • Jun
  • Kazuya
  • King
  • Lars
  • Law
  • Leroy
  • Lili
  • Nina
  • Paul
  • Xiaoyu

Stage

  • Arena
  • Rebel Hangar
  • Sanctum
  • Urban Square (Evening)
  • Yakushima

Tarikh dan Tempoh

  • PS5 sahaja: 21 Julai 2023 jam 4pm hingga Julai 24, 2023 jam 3 pm
  • PS5, Xbox Series X|S, PC Steam: 28 Julai 2023 jam 4pm hingga 31 Julai 2023 jam 3pm
Kredit: Bandai Namco

Seperti mana-mana ujian, tujuan closed network test adalah untuk menguji rangkaian dan memantau pengalaman gameplay Tekken 8. Bandai Namco berhasrat untuk mendapatkan maklum balas tentang kualiti permainan dan menghargai jika semua peserta dapat memberikan maklum balas melalui tinjauan dalam talian yang akan dihantar melalui e-mel selepas closed network test ditutup.


Tekken 8 sedang dibangunkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC (Steam) dan malangnya, tarikh keluaran masih belum diumumkan. Buat mereka yang berminat, sila sertai Tekken CNT di SINI untuk peluang mencuba.

Baca segala berita kami tentang Tekken 8 di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Closed Network TestTekken 8
ShareTweetSend
Previous Post

Kunitsu-Gami: Path of the Goddess — Game Aksi Terbaharu Daripada Capcom untuk Xbox Series & PC.

Next Post

Persona 3 Reload — Kembali ke Tartarus Yang Dihasilkan Semula, Bakal Lancar Awal 2024! [UPDATE]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Persona 3 Reload — Kembali ke Tartarus Yang Dihasilkan Semula, Bakal Lancar Awal 2024! [UPDATE]

Persona 3 Reload -- Kembali ke Tartarus Yang Dihasilkan Semula, Bakal Lancar Awal 2024! [UPDATE]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd