Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tekken 7 mulakan musim 4 & tambah Kunimitsu sebagai watak DLC terbaru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 28, 2020
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, DLC percuma, Fighting, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Tekken 7 mulakan musim 4 & tambah Kunimitsu sebagai watak DLC terbaru!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco pada hujung minggu lalu mendedahkan watak DLC baru untuk Tekken 7 iaitu si ninja, Kunimitsu! Watak baru ini akan memulakan musim 4 untuk permainan video pertempuran popular ini dan membawa sebuah arena baru bernama Vermilion Gates, ketika musim baru dilancarkan pada Fall 2020. Selain itu, seorang lagi watak baru dan arena berbeza akan menyertai permainan pada awal Spring 2021.

Bagi mereka yang tidak tahu, Kunimitsu adalah pemburu harta karun misteri dan bekas anggota puak ninja Yoshimitsu yang menyembunyikan wajahnya dengan topeng kucing. Dia adalah watak yang boleh dimainkan dalam permainan Tekken pertama, dan membuat penampilan canon yang terakhir pada tahun 1995 di Tekken 2. Penampilannya di Tekken Tag Tournament ialah non-canon.

Walaupun Kunimitsu ini mempunyai nama dan reka bentuk umum yang sama dengan watak asli, tetapi nampaknya Kunimitsu yang akan muncul di Tekken 7 sebenarnya adalah anak perempuan kepada watak asal. Sudah agak lama sejak penampilan terakhir Kunimitsu muncul, jadi kita pun tidak tahu apa yang terjadi kepadanya atau bagaimana anak perempuannya mengambil alih identiti tersebut.

Kunimitsu (Daughter) revealed for #TEKKEN7 Season 4 as part of DLC16https://t.co/vrgVGne896 pic.twitter.com/M8gQDdZFCv

— Bandai Namco Esports (@BNEesports) September 27, 2020

Selain daripada tambahan watak dan arena baru, beberapa kemas kini percuma akan datang untuk Tekken 7 termasuk penambaikan permainan dalam talian, adegan baru untuk setiap watak yang boleh dimainkan, rank baru, dan fitur “Tekken Prowess.”

Tekken 7 kini tersedia untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC. Seperti yang dinyatakan di atas, Kunimitsu akan dilancarkan pada musim luruh ini tanpa tarikh pelepasan yang pasti. Anda boleh melihat semua liputan kami mengenai Tekken di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bandai NamcoDLCKunimitsumusim 4Tekken 7Vermilion Gates
Previous Post

Paimon menanti! Secara rasmi Genshin Impact dilancarkan dan beserta ulasan temuramah eksklusif pihak miHoYo!

Next Post

Kisah sebenar bagaimana Eiichiro Oda meluluskan siri live-action Netflix One Piece!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Kisah sebenar bagaimana Eiichiro Oda meluluskan siri live-action Netflix One Piece!

Kisah sebenar bagaimana Eiichiro Oda meluluskan siri live-action Netflix One Piece!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd