Sony Interactive Entertainment Singapore Private Limited (SIES) hari ini mengumumkan bahawa tawaran masa terhad “Black Friday” akan dilancarkan mulai hari ini hingga 29 November 2021. Akan ada tawaran istimewa untuk pembelian DUALSHOCK®4 Wireless Controllers (warna terpilih), serta pilihan Permainan PlayStation®5 (PS5™) dan PlayStation®4 (PS4®). Tawaran tersedia di semua Pengedar Sah PlayStation® dan Kedai Sony, sementara stok masih ada.
Selain itu, pelanggan yang membeli langganan 12 bulan PlayStation®Plus (PS Plus) di PlayStation™Store (PS Store) boleh menikmati diskaun sebanyak 33%. Banyak tajuk permainan juga akan tersedia pada harga istimewa dengan diskaun sehingga 80% di PS Store. Jangan lepaskan peluang untuk merebut tawaran yang tidak boleh dilepaskan ini!
Lawati laman web rasmi PlayStation untuk melihat tawaran yang terdapat untuk jualan terhad “Black Friday”. Bermula 19 November sehingga 29 November 2021, semua pengguna boleh menikmati pelbagai tawaran apabila membeli produk di bawah:
- Controller Wireless DUALSHOCK 4
- Permainan PS5 dan PS4 terpilih (Versi Blu-ray Disc)
- Langganan PS Plus

Pelanggan yang membeli langganan 12 bulan PS Plus di PS Store boleh menikmati diskaun 33% daripada harga diskaun sebanyak MYR 106.
Kembangkan koleksi permainan anda dengan permainan baharu setiap bulan. “Knockout City™” (PS4/PS5), “Kingdoms of Amalur: Re-Reckoning” (PS4), “The Sexy Brutale” (PS4), “First Class Trouble” (PS4/PS5) tersedia dengan PS Plus bulan ini , sebagai tambahan bonus permainan PS VR bernilai lebih MYR 552.

- Permainan PS Store
Banyak tajuk permainan akan tersedia pada harga istimewa dengan diskaun sehingga 80% di PS Store, termasuk permainan popular terkini, seperti: FIFA 22 (PS4/PS5), Back 4 Blood (PS4/PS5), Resident Evil Village (PS4). /PS5) dan FAR CRY®6 (PS4/PS5).
SIES akan terus mempertingkatkan lagi platform PlayStation untuk menyampaikan pengalaman hiburan yang hanya boleh didapati di PlayStation. Nak tunggu krismas lama lagi. Jadi geng, jom ramai-ramai serbu PS Store alang-alang ada diskaun Black Friday PlayStation yang kaw ini. Untuk liputan lain mengenai PlayStation, sila klik pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post