Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tarikh tayangan The Game Awards 2020 diumumkan pada Disember! Siaran langsung setinggi 4K UHD!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 24, 2020 - Updated on February 20, 2021
in Acara, Anugerah, Livestream
0 0
0
Tarikh tayangan The Game Awards 2020 diumumkan pada Disember! Siaran langsung setinggi 4K UHD!
Share on FacebookShare on Twitter

The Game Awards telah menjadi acara yang semakin besar, dengan setiap tahun mengenali permainan video terbaik daripada industri, serta menampilkan banyak pendedahan perdana untuk permainan terbaru. Dengan pelancaran konsol generasi seterusnya pada tahun ini, The Game Awards 2020 nampaknya akan menjadi lebih menarik daripada biasa. Tuan rumah Geoff Keighley secara rasmi telah mengumumkan tarikh The Game Awards 2020, supaya peminat kini dapat menandakan kalendar mereka.

📣🎉 SAVE THE DATE 🎉📣

THE GAME AWARDS
Thursday, December 10

Live from:
🔴 Los Angeles
🔴 London
🔴 Tokyo

A Multiworld Of Wonder Awaits… #TheGameAwards pic.twitter.com/yMLATPsHCJ

— Geoff Keighley (@geoffkeighley) September 23, 2020

Keighley telah mengumumkan bahawa The Game Awards 2020 akan berlangsung pada hari Khamis, 10 Disember, bersiaran langsung dari Los Angeles, London, dan Tokyo. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa The Game Awards 2020 akan menampilkan penampilan dari pembangun permainan video di seluruh dunia.

This year we introducing a new award @thegameawards:

Innovation in Accessibility

Recognizing developers that are pushing the medium forward by adding features, technology and content to help games be played and enjoyed by an even wider audience. pic.twitter.com/yCt8M8czaK

— Geoff Keighley (@geoffkeighley) September 23, 2020

Selain itu, dia juga telah menambahkan beberapa acara tambahan di The Game Awards 2020. Nampaknya, acara ini akan menyaksikan kepulangan promosi Game Festival, yang membolehkan peminat bermainkan demo daripada beberapa permainan yang dipamerkan. Salah satu anugerah baru adalah Accessibility Award, yang mungkin diberikan kepada permainan dengan pilihan kebolehaksesan terbaik. Akhir sekali ialah The Game Awards akan disiarkan secara langsung di 45 pelantar video yang berbeza, yang memberi banyak cara kepada peminat untuk melihat pengumuman terkini.

Ramai peminat akan gembira kerana The Game Awards 2020 tetap berlangsung tahun ini. Pandemik coronavirus yang melanda telah membatalkan banyak acara, termasuk E3 2020. Walaupun The Game Awards 2020 tidak begitu mewah seperti tahun-tahun sebelumnya, acara ini masih menjadi sebab yang menarik untuk peminat tonton.

Mesti ramai yang tertanya permainan manakah yang akan memenangi gelaran Game of the Year di The Game Awards 2020. Kita ada beberapa calon terkenal tahun ini, termasuk The Last of Us 2, Final Fantasy 7: Remake, Half-Life: Alyx, Ghost of Tsushima, Animal Crossing: New Horizons dan banyak lagi. Sehingga itu, senarai penuh calon tidak akan didedahkan sehingga akhir November atau awal Disember.

The Game Awards 2020 akan berlangsung pada 10 Disember. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: acaraGeoff KeighleyThe Game Awards 2020
Previous Post

For the win: Pecahan pilihan pemain Mobile di Asia melalui analisis Google dan Niko.

Next Post

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Blizzard Mike Morhaime mengumumkan 2 syarikat permainan baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Pemenang Apple Design Awards 2025, Termasuk Balatro & Infinity Nikki
Anugerah

Pemenang Apple Design Awards 2025, Termasuk Balatro & Infinity Nikki

June 4, 2025
Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Next Post
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Blizzard Mike Morhaime mengumumkan 2 syarikat permainan baru!

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Blizzard Mike Morhaime mengumumkan 2 syarikat permainan baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd