Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tarikh rasmi untuk kesimpulan manga Nanatsu no Taizai sudah ditetapkan!

Dijangka akan tamat di jilid 41 pada 15 Mei.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 20, 2020 - Updated on February 20, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Tarikh rasmi untuk kesimpulan manga Nanatsu no Taizai sudah ditetapkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Anime Nanatsu no Taizai mungkin dilanda macam-macam kontroversi apabila peminat marah tentang kualiti produksi bagi musim kedua, tetapi manga asal oleh Nakaba Suzuki telah mendapat sambutan yang lebih baik secara keseluruhan. Malangnya, manga ini akan sampai ke penghujungnya selepas lebih daripada setahun mengusik peminat dengan pelbagai teaser dan “story arc” yang klimatik. Selepas keluaran jilid 40 Nanatsu no Taizai di Jepun, peminat sudah boleh menjangka “finale” rasmi untuk manga kesayangan ini.

Seperti yang dilaporkan oleh Anime News Network, Nakaba Suzuki telah lama mengusik peminat bahawa Nanatsu no Taizai akan berakhir dengan jilid-jilid seterusnya tetapi dalam laporan terbaru, beliau menegaskan bahawa Nanatsu no Taizai secara rasmi akan berakhir dengan keluaran jilid 41 pada 15 Mei.

Nakaba Suzuki

Dalam koleksi cerita sampingan yang dikeluarkan bersama jilid ke-40, Suzuki juga mengesahkan bahawa lebih banyak cerita sampingan berdasarkan watak-watak lain akan datang di kemudian hari. Tarikh untuk cerita sampingan ini masih belum pasti tetapi Nakaba Suzuki janji akan keluarkan koleksi ini di bawah satu syarat.

Beliau kata bahawa dia sedang bekerja untuk karya seterusnya, dan cerita sampingan yang memaparkan watak-watak lain di Nanatsu no Taizai tidak akan keluar sehingga karya barunya memulakan terbitan. Hurmm.. Sekurang-kurangnya kita mempunyai tarikh rasmi untuk penamat Nanatsu no Taizai. Tetapi adakah peminat bersedia?

Apa pendapat kamu tentang manga ini? Patutkah ia tamat sekarang? Kongsikan pendapat anda di ruang komen.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeKesimpulanmangaNakaba SuzukiNanatsu no TaizaiPenamatSeven Deadly Sins
Previous Post

Case iPhone Digimon dijual di Jepun sempena tayangan Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna!

Next Post

Screenshot terbaru Trials of Mana menampilkan Sistem Leveling Watak, Kostum, Seed dan banyak lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai
Berita

Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai

June 5, 2025
Digimon Story: Time Stranger Akan Keluar 3 Oktober, Pre-Order PS5 Bermula!
Berita

Digimon Story: Time Stranger Akan Keluar 3 Oktober, Pre-Order PS5 Bermula!

June 5, 2025
Silent Hill f Membuka Pre-Order, Akan Dilancarkan 25 September!
Berita

Silent Hill f Membuka Pre-Order, Akan Dilancarkan 25 September!

June 5, 2025
Next Post
Screenshot terbaru Trials of Mana menampilkan Sistem Leveling Watak, Kostum, Seed dan banyak lagi!

Screenshot terbaru Trials of Mana menampilkan Sistem Leveling Watak, Kostum, Seed dan banyak lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd