Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tarikh penyerahan SEA Game Awards dipanjangkan ke 30 Jun 2023!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 19, 2023
in Anugerah, Artikel, Berita, Industri, Tempatan
0 0
0
Tarikh penyerahan SEA Game Awards dipanjangkan ke 30 Jun 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Kini dalam tahun ke-7, SEA Game Awards dihoskan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk mengiktiraf dan meraikan kreativiti, kesenian, dan genius teknikal pembangun permainan video terbaik dari industri gaming Asia Tenggara dan Antarabangsa. Sempena itu, mereka membuat keputusan untuk melanjutkan tarikh akhir penyerahan karya kepada SEA Game Awards hingga ke 30 Jun 2023.

Kredit: MDEC

Jika anda sedang membangunkan game sendiri secara berpasukan, bersyarikat atau seorang diri, sila serahkan karya anda memakai LINK ini!

Komited untuk memacu Asia Tenggara bersama-sama, gamescom asia dan MDEC bekerjasama untuk membawa SEA Game Awards ke peringkat seterusnya. Sebanyak 10 anugerah akan diberikan mengikut kategori yang disediakan termasuk:

  • Rising Star Award
  • Best Technology Award
  • Best Visual Art Award
  • Best Game Design Award
  • Best Audio Design Award
  • Best Storytelling Award
  • Best Innovation Award
  • Best Student Game Award
  • Best game developed by student(s) from the Southeast Asia region.
  • Best International Game Award

Pemenang anugerah akan diumumkan di MYDCF 2023 (Malaysia Digital Content Festival) pada 29 SEPTEMBER 2023 di KUALA LUMPUR, MALAYSIA, dan akan menerima pengiktirafan lanjut di gamescom asia 2023 pada 19-22 OKTOBER 2023 di SINGAPURA.

Kredit: MDEC

Selain daripada sambutan di MYDCF 2023, pemenang akan dipaparkan di gamescom asia 2023 dalam beberapa cara berikut:

  • Karya anda akan dipaparkan di laman web gamescom asia
  • Pameran trailer untuk game anda semasa segmen anugerah; khususnya semasa siaran online gamescom asia, PRIMETIME (19 Oktober)
  • Pameran game lanjutan pada segmen anugerah; khususnya semasa siaran online gamescom asia, STUDIO (22 Oktober)
  • 2 pas Akses Penuh ke gamescom asia 2023 untuk setiap pasukan yang menang
  • Dan faedah lain jika anda turut mempamerkan di gamescom asia 2023

Sekali lagi saya ingatkan, sila serahkan karya anda memakai LINK ini sebelum tarikh akhir pada 30 Jun!


Baca segala liputan kami tentang SEA Game Awards di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gamescom AsiaMDECSEA Game Awards
ShareTweetSend
Previous Post

10 Game Mobile Bertemakan Anime Yang Paling Banyak Orang Malaysia Download!

Next Post

ROG ALLY Sah Dijual Pada Harga RM 3299 di Malaysia! Akan Tersedia Pada 1 Julai 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
ROG ALLY Sah Dijual Pada Harga RM 3299 di Malaysia! Akan Tersedia Pada 1 Julai 2023!

ROG ALLY Sah Dijual Pada Harga RM 3299 di Malaysia! Akan Tersedia Pada 1 Julai 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd