Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Tanpa sengaja susahkan keadaan” – Pencipta Attack on Titan terangkan beza anime & manga!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 8, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
“Tanpa sengaja susahkan keadaan” – Pencipta Attack on Titan terangkan beza anime & manga!
Share on FacebookShare on Twitter

Musim akhir Attack on Titan (AoT) dijangka akan tiba pada tahun hadapan, dengan Studio MAPPA kembali untuk bahagian ketiga musim keempat anime ini yang akan menentukan nasib diantara Scout Regiment dan Erin Yaeger. Dengan musim ini akan menunjukkan Eren memperoleh kuasa Founding Titan dan menjadi ancaman kepada dunia bersama tentara Colossal Titan. Mikasa, Armin dan rakan-rakannya akan berusaha untuk menghalangnya, dan pencipta Attack on Titan, Isayama Hajime telah menerangkan perbezaan antara anime dan manga.

Sudah beberapa tahun semenjak manga siri ini ditamatkan dan pengakhirannya telah menimbulkan kontroversi. Sungguh kontroversial sehinggakan penciptanya mengambil kesempatan untuk memohon maaf semasa lawatannya ke Amerika untuk Anime NYC baru-baru ini. Ia pasti akan menjadi menarik untuk melihat respon peminat terhadap pengakhiran Attack on Titan yang hanya menonton anime.

Ketika acara tersebut, Isayama telah menyatakan beberapa perkara mengenai bagaimana adaptasi anime dan manga mempengaruhi antara satu sama lain sambil menambah bagaimana ia kekal berbeza pada masa yang sama:

Apabila kerja saya menjadi anime, ketika itulah saya benar-benar merasakan ia telah menjadi lebih besar daripada hidup saya. Kerana watak-watak itu mula berkembang bergantung kepada kemahiran lakonan pelakon suara. Ia menjadi agak berbeza daripada apa yang saya bayangkan pada awalnya. Jadi saya agak melayan mereka seperti “Eren itu”, yang berbeza daripada versi saya, tapi saya juga mengenalinya sebagai versi watak yang berbeza.

Isayama juga mengambil peluang dengan mendedahkan perubahan yang dia mahu lakukan untuk adaptasi anime, Wit Studio dan Studio MAPPA mengambil nota tentang permintaan pencipta Attack on Titan itu:

Satu contoh yang saya boleh fikirkan ialah apabila Attack on Titan menjadi siri anime, apabila mereka memperkenalkan peralatan manuver, saya mahu reka bentuk alat itu menjadi lebih baik apabila ia ditunjukkan dalam anime. Itu adalah permintaan yang saya beri kepada ketua pasukan animasi. Kemudian saya sedar bahawa permintaan tersebut telah menyusahkan keadaan tanpa sengaja dan saya berasa sangat serba salah.

Mungkin permintaannya kelihatan seperti menyusahkan para pembuat animasi, tapi mungkin mereka tidak kisah kerana ia boleh dianggap sebagai satu cabaran.

Jadi, apa pendapat anda tentang perbezaan antara anime dan manga, adakah anda lebih gemar untuk menonton anime daripada membaca manga Attack on Titan? Boleh berikan pendapat anda diruangan komen di bawah. Sementara menunggu bahagian keempat musim terakhir siri ini, anda boleh tonton anime Attack on Titan daripada musim pertama hingga yang terkini di Netflix.

Untuk membaca segala liputan mengenai Attack on Titan daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeAttack on TitanIsayama Hajimemanga
Previous Post

Tan Sri Michelle Yeoh dinamakan sebagai Ikon tahun 2022 oleh majalah TIME

Next Post

Review Samurai Maiden – Kawal sekumpulan ninja waifu untuk memerangi kegelapan!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Review Samurai Maiden – Kawal sekumpulan ninja waifu untuk memerangi kegelapan!

Review Samurai Maiden - Kawal sekumpulan ninja waifu untuk memerangi kegelapan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd