Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Tanpa MESF, tiada esports di Malaysia” — Kenyataan Bikin Komuniti Esports Marah!

Maira by Maira
October 15, 2022
in Artikel, Berita, Esports, Game, Industri, Tempatan
0 0
0
“Tanpa MESF, tiada esports di Malaysia” — Kenyataan Bikin Komuniti Esports Marah!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada Jumaat minggu lepas, Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) telah mendakwa bahawa mereka tidak pernah menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan untuk pembangun sports dalam negara seperti yang telah dibentang dalam Bajet yang lalu. Tidak cukup dengan itu, datang pula kenyataan yang membuatkan telah membuatkan komuniti esports sendiri rasa geram. Jom kami ceritakan satu-persatu kepada anda!

Dalam pembentangan Bajet 2023 baru-baru ini, RM13 juta akan diberikan untuk membangunkan industri esports Malaysia. Namun begitu, Presiden MESF, Datuk Ananth S Nathan telah menyatakan bahawa persatuan mereka tidak pernah berpeluang untuk menggunakan bajet yang diberi.

Tetapi Majlis Sukan Negara (MSN) telah menafikan bahawa dakwaan MESF adalah tidak tepat kerana mereka tidak memahami berkenaan peruntukan bajet pembangunan sektor esport yang dibawah kuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Penyaluran bajet akan dilakukan sekiranya program yang ditetapkan telah pun diluluskan. 

“MSN memberitahu MESF dijemput bekerjasama dengan Esports Integrated (ESI) untuk penganjuran sukan selain usaha penggubalan undang-undang dan tadbir urus yang efisyen, namun mereka tidak menunjukkan minat atau memberi maklum balas untuk menyertainya.”

Kredit: Berita Harian

Komuniti esports termasuklah gamer dan pembangun game juga turut memberikan komen mereka sendiri. Malah mereka juga sudah tidak berpuas hati dengan prestasi MESF yang kurang memberangsangkan. Tidak cukup dengan itu, tular pula sebuah klip video yang menyatakan bahawa tanpa MESF, tiadalah esports dalam negara ini. Makin tidak puas hati komuniti dibuatnya.

Dalam video di atas, MESF turut memberikan respon berkenaan video tular tersebut di Facebook.

Ditambah pula dengan konflik terbaru, di mana MESF meminta pasukan Esports Professional yang bertanding di IESF World Esports Championship untuk memberikan 30% daripada hadiah jika pasukan tersebut menang.

Netizen juga menyentuh mengenai pelaburan berharga RM 140 juta yang dibuat bersama Dynasty Esports; itu juga tidak menunjukan sebarang perkembangan besar. Banyak lagi perkara yang diketengahkan mengenai MESF dan rata-rata ramai dalam komuniti yang bersetuju mengenainya. Berikut adalah antara komen daripada netizen:

Apa pendapat anda mengenai perkara ini? Boleh kongsikan kepada kami di ruangan komen. Untuk mendapatkan segala liputan menarik mengenai industri tempatan, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EsportsMESFMSN
Previous Post

Memahami model jenis Premium, Freemium dan Langganan dalam industri gaming [IGDX 2022]

Next Post

Razer Edge 5G didedahkan — Digelar peranti “handheld gaming 5G” paling unggul!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Razer Edge 5G didedahkan — Digelar peranti “handheld gaming 5G” paling unggul!

Razer Edge 5G didedahkan -- Digelar peranti "handheld gaming 5G" paling unggul!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd