Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Taman tema pertama animasi Malaysia, Upin & Ipin akan dibuka di Cyberjaya

safwan by safwan
June 1, 2022
in Animasi, Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Taman tema pertama animasi Malaysia, Upin & Ipin akan dibuka di Cyberjaya
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak 2014, Les’ Copaque telah lama mencari kawasan yang sesuai untuk bangun projek istimewa dan akhirnya mereka telah menjumpai kawasan yang sesuai. Projek tersebut merupakan projek taman tema Upin & Ipin yang akan dibuka pada 2024 atau 2025 di Cyberjaya.

 

 

Pada Jumaat yang lalu, Cyberview dan Les’ Copaque telah menandatangani Memorandum of Understanding (MOU) untuk membina Taman Tema Upin & Ipin di Cyberjaya. Taman tema itu dijadualkan akan siap pada 2024 atau 2025 dengan menyasarkan kehadiran kira-kira dua juta pelancong setiap tahun tidak kira sama ada dari Malaysia ataupun antarabangsa.

taman tema upin & ipin

Selain itu, pembangunan taman tema ini akan bertemakan latar belakang tradisional yang akan menampilkan siri animasi utama Les’Copaque iaitu Upin & Ipin bersama siri animasi yang lain seperti Pada Zaman Dahulu dan Puteri.

Banyak tarikan yang akan ditawarkan melalui pelbagai medium kandungan interaktif seperti Rumah Opah, taman interaktif Upin & Ipin dan fun park. Terdapat juga kawasan yang menarik seperti Terowong Mistik, Rumah Hijau daripada siri Pada Zaman Dahulu & Taman Maze, pawagam Interaktif 4D dan medan selera yang bertema Warong Muthu.

taman tema upin & ipin

Siri Upin & Ipin merupakan siri animasi yang paling lama ditayangkan, kini sudah tahun ke-14 pengeluarannya dan musim ke-16 akan ditayangkan pada tahun 2022. Siri Upin & Ipin menjadi lebih terkenal dengan membawa cerita dan teladan bukan sahaja kepada kanak-kanak namun orang dewasa turut terkesan dengan siri ini.

taman tema upin & ipin

Selepas taman tema ini disiapkan, Upin & Ipin bakal menjadi siri animasi Malaysia pertama yang mempunyai taman temanya yang tersendiri. Menarik kan. Saya ingin mengingatkan anda bahawa taman tema ini akan dijangka siap sepenuhnya pada 2024 atau 2025. Kepada anda yang berminat untuk melancong ke taman tema ini, jom kita sama-sama nantikan pengumuman seterusnya dari Les’ Copaque.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik berkenaan game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Taman Tema Upin & Ipin
Previous Post

Overclock dengan mudah bersama Kingston FURY Beast DDR5 RGB

Next Post

Panduan untuk beli game PC secara bajet! Jom jimat duit!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Panduan untuk beli game PC secara bajet! Jom jimat duit!

Panduan untuk beli game PC secara bajet! Jom jimat duit!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd