Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Taliban haramkan game PUBG di Afghanistan kerana “menggalakkan keganasan”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 22, 2022
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, iOS, Mobile, Shooter
0 0
0
Taliban haramkan game PUBG di Afghanistan kerana “menggalakkan keganasan”
Share on FacebookShare on Twitter

Player Unknown: Battlegrounds atau nama pendeknya PUBG dikenali di seluruh dunia sebagai salah satu game battle royale yang paling popular di seluruh dunia. Malangnya, tidak semua negara dapat mencuba. Organisasi Taliban bakal mengharamkan game PUBG di negara Afghanistan. Bukan itu sahaja, aplikasi TikTok turut dilarang di negara tersebut.

Berita bahawa PUBG dan TikTok akan diharamkan tidak lama lagi di Afghanistan datang melalui The Khaama Press yang berkata:

“TikTok mesti diharamkan dalam tempoh sebulan dari sekarang dan PUBG harus diharamkan dalam tempoh 90 hari akan datang.”

Daripada petikan di atas, ini bermaksud TikTok tidak akan dapat digunakan di Afghanistan pada pertengahan Oktober, manakala PUBG akan dilarang bermula bulan Disember.

Laporan di atas tidak memberitahu sama PUBG (versi PC/konsol) atau PUBG Mobile yang akan diharamkan, tetapi kemungkinan besar ia adalah versi mobile.

Jadi mengapa organisasi Taliban ingin mengharamkan PUBG dan TikTok?

Pada bulan April lalu, timbalan jurucakap Afghanistan “Inamullah Samangani” menulis tweet bahawa PUBG “menyebabkan generasi muda sesat” manakala TikTok mempunyai “kandungan kotor yang tidak sesuai dengan undang-undang Islam”. Secara lebih khusus lagi, Taliban telah mengkritik PUBG kerana kandungannya yang ganas dan “membazir masa orang ramai”.

Bagi mereka yang tidak tahu, Afghanistan bukanlah negara pertama untuk mengharamkan PUBG kerana sebelum ini, game tersebut juga tidak boleh dimainkan di Nepal, India dan Pakistan.

Jadi apa pendapat anda? Adakah PUBG betul-betul terlalu ganas dan membazir masa kita? Jom kongsikan pendapat di ruang komen! Untuk membaca segala liputan kami tentang PUBG, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
PUBG Mobile
Publisher: Tencent Games
Developer: Lightspeed & Quantum
Release Date: 2018-02-09
Android, iOS
PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS yang direka khas untuk mudah alih! Bermain secara percuma di mana sahaja, bila-bila masa. PUBG MOBILE menyampaikan tindakan berbilang pemain yang paling sengit di telefon bimbit. Jatuhkan, gearkan, dan bersaing. Pertahankan pertempuran klasik epik 100-pemain, mod muatan dan pasukan peminat pasukan 4v4 dan mod zombie yang pantas. Paling penting Winner Winner Chicken Dinner!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MobilepubgTaliban
Previous Post

Gundam Evolution – Game 6v6 percuma kini dilancarkan di Steam!

Next Post

Siri Animasi Mechamato Hadir ke Netflix Oktober Ini! Nantikan Kisah Menarik Amato Dan MechaBot!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Siri Animasi Mechamato Hadir ke Netflix Oktober Ini! Nantikan Kisah Menarik Amato Dan MechaBot!

Siri Animasi Mechamato Hadir ke Netflix Oktober Ini! Nantikan Kisah Menarik Amato Dan MechaBot!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd