Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tales of Luminaria dedahkan trailer baru bersama watak dan gameplay!

Maira by Maira
September 24, 2021
in Android, Artikel, Berita, Genre, iOS, JPRG, Mobile
0 0
0
Tales of Luminaria dedahkan trailer baru bersama watak dan gameplay!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco hari ini telah bersiaran langsung di saluran Youtube mereka untuk menceritakan tentang permainan mobile RPG terbaru dari siri Tales iaitu Tales of Luminaria. Permainan ini pertama kali didedahkan semasa hari pembukaan Gamescom Ogos lalu. Tales of Luminaria masih dalam pembangunan untuk iOS dan Android. Kali ini, maklumat terperinci mengenai permainan RPG ini telah didedahkan.

https://youtu.be/PrZYhaiTsGA

Dunia Tales of Luminaria

Dunia dalam Luminaria dibahagi kepada dua puak iaitu Federation dan Empire. Puak-puak ini berlawan antara satu sama lain untuk mendapatkan kuasa dari entiti yang digelar Primordial Beasts yang mampu membekalkan kuasa kepada mereka. Federation hidup dengan aman bersama Primordial Beasts tetapi Empire pula berlainan, apabila mereka hanya mengambil kesempatan dari kuasa Beast itu untuk kegunaan mereka sendiri.

Watak

Watak dalam Tales of Luminaria juga dibahagikan kepada tiga puak iaitu Federation, Empire dan juga Adventurer yang bebas dari puak yang lain. Dalam video itu, kita telah didedahkan dengan 21 watak utama yang akan dikeluarkan serentak apabila permainan itu dilancarkan. Kita juga didedahkan dengan maklumat watak seperti, Leo Fourcade, Celia Arvier dan Hugo Simon. Watak-watak ini telah direka oleh mangaka terkenal yang melukis Shokugeki no Soma iaitu Shun Saeki.

Setiap watak akan mempunyai lapan episod cerita yang akan dilepaskan setiap minggu. Ini adalah untuk menjadikan permainan ini lebih kasual untuk gamer bermainnya. Ia juga ingin membuatkan pemain seperti mereka sedang menonton anime setiap minggu. Tidak akan ada mikrotransaksi dalam permainan ini untuk membuka episod watak. Maklumat lebih lanjut akan diberikan dalam siaran langsung akan datang.

RelatedPosts

Reviu Mobile Suit Gundam SEED Battle Destiny Remastered – Cukup Menghargai Nostalgia, Tapi Bukan Untuk Semua

Racing Master Season 3 Bermula – Koenigsegg Agera RS ’15 dan Pelbagai Ciri Baharu Kini Tersedia!

Filem Live Action “Wind Breaker” Umum Barisan Pelakon Utama!

Watak dari Federation adalah satria yang masih dalam latihan, manakala watak-watak Empire adalah sebahagian daripada tentera. Watak mereka yang lebih tua menjadikan cerita lebih matang dari sudut watak tersebut. Pengembaraan dari kedua puak ini dapat dilihat secara bebas dan anda dapat mengetahui tujuan mereka.

Gameplay

Gameplay yang ditunjukkan mengandungi cutscene dalam permainan dan juga pertarungan watak dengan musuh. Permainan ini juga akan mempunyai lakonan suara sepenuhnya dalam bahasa Jepun atau Inggeris.

Bandai juga kini sedang membangunkan anime bertajuk Tales of Luminaria: The Fateful Crossroads dengan kerjasama Kamikaze Douga. Anda boleh tengok klip anime ini di bawah.

Permainan ini sudah boleh pra-daftar di App Store dan Google Play Store. Maklumat lanjut mengenai Tales of Luminaria akan dikongsikan semasa Tokyo Game Show yang akan berlangsung minggu depan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidBandai Namco EntertainmentiOSMobileTales of Luminaria
Previous Post

Tebus “The Escapists” sekarang secara percuma di Epic Games Store!

Next Post

Star Wars: Knights of the Old Republic Remastered diumumkan untuk Nintendo Switch!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Mobile Suit Gundam SEED Battle Destiny Remastered – Cukup Menghargai Nostalgia, Tapi Bukan Untuk Semua
Review

Reviu Mobile Suit Gundam SEED Battle Destiny Remastered – Cukup Menghargai Nostalgia, Tapi Bukan Untuk Semua

Racing Master Season 3 Bermula – Koenigsegg Agera RS ’15 dan Pelbagai Ciri Baharu Kini Tersedia!
Berita

Racing Master Season 3 Bermula – Koenigsegg Agera RS ’15 dan Pelbagai Ciri Baharu Kini Tersedia!

June 25, 2025
Filem Live Action “Wind Breaker” Umum Barisan Pelakon Utama!
Filem

Filem Live Action “Wind Breaker” Umum Barisan Pelakon Utama!

June 25, 2025
Next Post
Star Wars: Knights of the Old Republic Remastered diumumkan untuk Nintendo Switch!

Star Wars: Knights of the Old Republic Remastered diumumkan untuk Nintendo Switch!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd