Selepas sekian lama menunggu, akhirnya Bandai Namco melancarkan Tales of Crestoria secara percuma di peranti iOS dan Android pada hari ini. Ini adalah game RPG yang sangat dinanti-nantikan oleh peminat dan berlangsung dalam dunia siri Tales yang sebenar, serta menampilkan jalan cerita yang dramatik bersama watak baru!
https://www.youtube.com/watch?v=IROV8mNEvcY&list=PL0DnZpV_rwVtzh0wKoaTLyiRuzidTz-n8&index=9&t=0s
Tales of Crestoria menggabungkan gameplay JRPG turn-based dengan jalan cerita ikonik seperti di siri Tales yang lain. Digelar sebagai “Transgressors” oleh masyarakat kerana melakukan jenayah demi melindungi satu sama lain, Kanata dan Misella memulakan pengembaraan epik untuk keamanan dari dunia yang ingin mereka dibunuh.
Bertarung dengan musuh dan raksasa di dunia fantasi Crestoria dan kumpul watak-watak legenda daripada siri Tales lalu untuk membentuk pasukan terunggul!
Fitur-fitur utama
- Kisah RPG asli berdasarkan siri Tales
- Bantu Kanata dan rakan-rakannya mengharungi dunia Crestoria.
- Lakonan suara oleh seiyuu-seiyuu terkenal.
- Pertempuran RPG anime klasik
- Kawalan RPG turn-based yang intuitif.
- Gabungkan abiliti Mystic Arts untuk melakukan serangan kombo terhebat.
- Kuatkan dan tingkatkan kemahiran watak.
- Watak baru untuk generasi yang baru
- Menambahkan Kanata, Misella, Vicious, dan lain-lain ke senarai watak Tales.
- Buka episod watak untuk belajar tentang latar belakang mereka di luar jalan cerita utama.
- Ikuti perbualan Face Chat yang memberikan info pendek & menarik tentang pemikiran watak.
- Baru jumpa klasik
- Bina pasukan impian dengan watak-watak popular sepanjang siri Tales.
- Watak kegemaran seperti Cress, Velvet, Luke, dan lain-lain boleh didapati.
- Selesaikan misi sampingan dengan watak Tales lain di dunia Crestoria!
- Dunia Crestoria yang imersif
- Menampilkan rekaan watak daripada artis terkenal daripada siri Tales sebelum.
- Visual 3D anime yang menakjubkan menghidupkan dunia fantasi Crestoria yang berwarna-warni.
- Animasi watak yang lancar menambah aksi RPG anime turn-based.

@gamersantaimy
Discussion about this post