Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tajuk rasmi filem Digimon Adventure 02 telah bocor bersama-sama papan cerita!

Maira by Maira
July 27, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Tajuk rasmi filem Digimon Adventure 02 telah bocor bersama-sama papan cerita!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan pelancaran Digimon Survive pada minggu depan, nampaknya peminat digimon akhirnya dapat sesuatu yang baru daripada francais selain daripada anime Digimon Ghost Game yang sedang ditayangkan. Sudah tentu ramai yang menunggu khabar terbaru mengenai filem anime Digimon Adventure 02 baru, yang memaparkan watak-watak dari siri tersebut.

Baru-baru ini, terdapat satu forum yang dapat menonton stream DigiFes dengan lebih awal, dan mendedahkan perkara terbaru mengenai filem Digimon Adventure 02. Nampaknya dalam stream tersebut, produser filem, Yosuke Kinoshita telah menunjukkan beberapa bahagian daripada papan cerita filem itu. Bukan setakat itu sahaja, tajuk untuk filem tersebut juga boleh dilihat. Apabila dilihat, tajuk untuk filem Digimon baru itu ialah Digimon Adventure 02: The Beginning.

Sumber: MarcFBR

Terdapat juga gambar yang menerangkan plot filem tersebut tetapi banyak pula benda yang kena edit. Selain itu, satu kotak daripada papan cerita juga didedahkan yang kelihatan seperti bar ramen yang sibuk. Jika lihat bar tersebut, sudah tentu kita terus teringat pada Daisuke yang kini menguruskan kedai ramen milik keluarganya. Kita juga ada melihatnya dalam filem Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna.

Sumber: MarcFBR

Adakah filem ini akan menjadi sekuel kepada filem sebelumnya masih belum didedahkan. Ada juga yang mengatakan ia mungkin prekuel kerana tajuk “The Beginning”. Teaser yang dilepaskan pada tahun lepas yang berkata, “Filem Digimon baru adalah tentang 02. Sekarang, pintu pengembaraan terbuka…. ‘Saya orang pertama yang pernah berpasangan dengan Digimon.’” Ini membuatkan ramai peminat yang mula membincangkan potensi plot untuk filem itu.

Tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengembaraan baru Daisuke dan kawan-kawannya nanti. Anda boleh mendapatkan liputan lain mengenai Digimon daripada kami melalui pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Digimon Adventure 02Digimon Adventure 02: The Beginning
Previous Post

Peminat merayu kepada Marvel untuk mencari pelakon baru “T’Challa” dalam Black Panther

Next Post

Trailer lokasi-lokasi Destroy All Humans! 2 Reprobed telah didedahkan oleh THQ Nordic!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Trailer lokasi-lokasi Destroy All Humans! 2 Reprobed telah didedahkan oleh THQ Nordic!

Trailer lokasi-lokasi Destroy All Humans! 2 Reprobed telah didedahkan oleh THQ Nordic!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd