PMPL MYSG Grand Final musim ketiga telah pun berakhir malam tadi dengan memperlihatkan pasukan RSG sebagai juara bagi kejohanan itu. Pasukan tersebut telah berjaya mengumpul sebanyak 196 jumlah mata perlawanan dan 92 kill serta membawa pulang hadiah berjumlah $15,500 (anggaran RM63,658.50).

Pasukan RSG telah berjaya mengumpul sebanyak lima Chicken Dinner di pusingan ke-6,8,9,11, dan 17 dalam kejohanan tersebut. RSGKim telah menunjukkan bakat dan kekuatannya sebagai firepower dan fragger serta menjadi kunci utama kepada 5 WWCD untuk pasukan RSG.
RSGKim juga turut dinobatkan sebagai pemain terbaik keseluruhan dengan jumlah damage sebanyak 8773 dan mengumpul 40 kill sepanjang perlawanan. Manakala Sniperman dari Anti Circle mengumpul 34 kill dan Eypu dari Dingoz MPX hanya 29 kill.

Selain itu, pasukan Geek Fam mendapat tempat kedua dengan jumlah mata sebanyak 177, perbezaan dua mata sahaja dari pasukan Anti Circle. Naib juara, Geek Fam membawa pulang hadiah sebanyak $10,400 (anggaran RM42,712.80) dan Anti Circle di tempat ketiga pula mendapat $7,800 (anggaran RM32,034.60).

Selepas ini, dua pasukan dari Malaysia iaitu pasukan Dingoz MPX dan RSG akan menunjukkan kehebatan mereka di PMPL: SEA Championship akan datang. Kedua-dua pasukan baru ini pastinya akan menjadi perhatian semasa kejohanan tersebut. Dan jangan lupa ikuti segala informasi PMPL dengan menekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post