The Pokémon Company telah bekerjasama dengan T’way Air, syarikat penerbangan Korea Selatan, untuk memperkenalkan ‘Pikachu Jet’, jet bertemakan Pokemon pertama di Korea Selatan.

Pada 28 Disember, sebuah majlis diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo, Seoul, Korea Selatan. Jeong Hong-geun sebagai Pegawai Eksekutif T’way Air, Lim Jai-boem, Ketua Pegawai Eksekutif Pokémon Korea Inc., dan Susumu Fukunaga, Pegawai Eksekutif The Pokémon Company, merupakan antara individu yang menghadiri majlis untuk menjelaskan tentang inisiatif baharu itu serta kelebihannya.

Pada hari yang sama, penerbangan pertama telah berlepas dengan selamat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo di Seoul ke Lapangan Terbang Taipei Songshan. Pesawat comel itu dibalut dengan pelekas khas yang memaparkan Pikachu, Charmander, Jigglypuff dan Arcanine sedang berseronok bersama Meloetta.
Untuk isi dalaman, penerbangan akan membekalkan muzik, hiasan dan kemudahan bertemakan Pokémon bagi menyediakan perjalanan yang menarik bersama penumpang, bak kata syarikat.

Sejumlah barangan edisi terhad turut akan dijual tetapi buat masa ini, maklumat tidak didedahkan kecuali visual di atas.
Bagi mereka yang tidak tahu, Pokémon Air Adventures adalah sebuah projek yang asalnya bermula untuk bantu mempromosikan pelancongan di seluruh bahagian timur dunia selepas pandemik awal COVID-19. Sepanjang 18 bulan yang lalu, program ini menghasilkan empat pesawat berbeza: Pikachu Jet BI, CI, TR, dan TW.
Nombor model ini menunjukkan kod syarikat penerbangan syarikat yang mengendalikannya; sebagai contoh, “CI” milik China Airlines Taiwan manakala TW milik T’way Air. Kebanyakan pesawat terdiri daripada Boeing 787 Dreamliner yang dicat semula.
Dengan pesawat secantik ini, pasti ramai yang ingin terbang di seluruh dunia bersama Pikachu. Adakah Malaysia pun akan menerima pesawat Pokemon satu hari nanti? Harap-harap ya.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi mereka di SINI. Untuk membaca segala liputan kami tentang Pokemon, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post