Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SWORD ART ONLINE Last Recollection rasmi lancar hari ini! Boleh dapatkan sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 5, 2023
in Action, Anime, Artikel, Berita, Game Baru, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
SWORD ART ONLINE Last Recollection rasmi lancar hari ini! Boleh dapatkan sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Bandai Namco Entertainment Asia telah mengumumkan pelancaran rasmi untuk SWORD ART ONLINE Last Recollection di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S dan Xbox One. Bagi pemain PC, jangan risau kerana versi STEAM akan dikeluarkan esok, 6 Oktober 2023.

Sempena itu, Bandai Namco telah mengeluarkan trailer baru yang anda boleh tonton di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=k3B35NoqKb4&ab_channel=BandaiNamcoEntertainmentSoutheastAsia

Secara am, Sword Art Online: Last Recollection ialah judul aksi-RPG terbaru dalam siri Sword Art Online dan berlangsung sebagai sekuel kepada Alicization Lycoris. Berlaku semasa saga War of Underworld, apa yang membezakan game ini dengan adaptasi original adalah ia mempunyai naratif baharu yang menampilkan misi mencabar untuk Kirito dan rakan-rakannya.

Kredit: Bandai Namco Entertainment Asia

Menurut naratif:

Ancaman pemusnahan semakin hampir untuk Underworld, dunia maya yang direka untuk melahirkan AI terhebat yang dikenali sebagai A.L.I.C.E.

Final Stress Test berfungsi sebagai permulaan akhir…Pintu yang membahagikan Human Realm dan Dark Territory telah dibuka, menyebabkan bayang-bayang perang terbentuk ke atas dua alam.

Pada masa itu, seorang gadis dark knight muda datang dari Dark Territory, dan muncul di hadapan Kirito dan rakan-rakannya…

Siapakah gadis ini yang seolah-olah ditakdirkan untuk menemui nasib yang tragis?

Jawapan kepada soalan ini diselubungi misteri, kisah itu sendiri akan terungkap…

Sinopsis
Kredit: Bandai Namco Entertainment Asia

Daripada segi gameplay, Last Recollection mengekalkan ciri-ciri dan mekanik yang sama seperti pendahulunya, tetapi dengan beberapa perubahan. Sesetengah bahagian ditambah baik supaya terasa lebih lancar manakala beberapa bahagian pada sistem pertempuran telah dirombak.

Menurut Bandai Namco, Last Recollection turut akan menampilkan senarai watak terbesar dalam Sword Art Online (lebih 40+ setakat yang saya tahu). Anda boleh memilih watak kegemaran dan memahirkan kuasa mereka; masing-masing dengan abiliti dan cara pertempuran unik.

Kredit: Bandai Namco Entertainment Asia

Direka untuk meraikan Ulang Tahun ke-10 Sword Art Online, pemain boleh mengimbau kembali masa lalu sambil bertemu dengan watak kegemaran mereka sekali lagi serta berkenalan dengan watak baru.

Game ini melalui mode single-player, offline, atau sehingga empat pemain dalam mode online multiplayer. Jika bosan bermain seorang diri, ajaklah rakan-rakan atau ahli keluarga.

Kredit: Bandai Namco Entertainment Asia

Sekali lagi saya ingatkan, SWORD ART ONLINE Last Recollection rasmi keluar hari ini di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S dan Xbox One. Versi PC STEAM akan dikeluarkan esok, 6 Oktober 2023.

Bagi mereka yang berminat untuk cuba tetapi ragu-ragu, anda boleh bermain versi Demo dahulu yang tersedia di semua platform utama.

Baca segala berita kami tentang game ini di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Sword Art Online Last Recollection
ShareTweetSend
Previous Post

Karya Pencipta Doraemon “T・P BON” Mendapat Adaptasi Anime Baharu oleh Netflix!

Next Post

Hitman: Blood Money Reprisal Akan Hadir ke Nintendo Switch, iOS dan Android!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Hitman: Blood Money Reprisal Akan Hadir ke Nintendo Switch, iOS dan Android!

Hitman: Blood Money Reprisal Akan Hadir ke Nintendo Switch, iOS dan Android!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd