Hari ini, Bandai Namco mengumumkan bahawa Sword Art Online: Fractured Daydream akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, Switch dan PC melalui Steam pada 3 Oktober, serta dibuka untuk pre-order sekarang.
Dibuat sempena Ulang Tahun ke-10 francais Sword Art Online, video baharu turut dimuat naik yang menjelaskan jalan cerita bagi game baharu ini:
Bagi peminat lama dan baharu, Sword Art Online: Fractured Daydream memberikan pengalaman co-op raid battle terunggul dalam siri, dengan menampilkan mekanik gameplay serba baharu dan barisan impian lebih 20 watak terhebat dari seluruh francais Sword Art Online.
Semua watak-watak ini datang daripada anime – khususnya Season 1 hingga 3, dan juga siri filem. Bukan generik semata-mata, setiap watak tergolong dalam kelas pertempuran unik dengan atribut sendiri, serta mempunyai kemahiran dan abiliti yang membezakannya dengan watak lain.

Daripada segi gameplay, pemain akan terlibat dalam aksi co-op yang sengit, termasuk online dungeon raid melawan gerombol musuh yang banyak dan juga bos yang lebih kuat. Bekerjasama dengan sehingga 20 pemain di seluruh dunia (sokongan cross-gen) untuk mengalahkan setiap raksasa mengancam bersama wira dan penjahat Sword Art Online kegemaran.
Bukan itu sahaja, Sword Art Online: Fractured Daydream turut menampilkan kisah original baharu. Apa yang akan berlaku jika watak Sword Art Online daripada dunia dan zaman yang berbeza bertembung? Sejauh manakah seseorang akan pergi untuk mendapatkan peluang kedua?

Semua dunia Sword Art Online kini bertembung, dengan interaksi luar biasa antara watak berbeza—musuh menjadi sekutu, yang mati pun dapat hidup semula, dan sebagainya. Pemain dapat mengalami pelbagai interaksi daripada semua story arc – Season 1 hingga 4 – dalam game.
Seperti saya kata tadi, game ini dibuka untuk pre-order sekarang. Edisi Deluxe termasuk watak DLC dan set kostum, manakala Edisi Premium termasuk kostum tambahan lain, buku seni digital, runut bunyi digital dan akses awal tiga hari sebelum dikeluarkan.

Jika berminat dengan Sword Art Online: Fractured Daydream, anda boleh pre-order di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post