Sebentar tadi, Bandai Namco Entertainment telah memastikan pengumuman mereka mengenai penangguhan permainan mereka iaitu Sword Art Online: Alicization Lycoris disebabkan pandemik COVID-19 yang berlarutan. Sepatutnya Sword Art Online: Alicization Lycoris dijadualkan akan keluar bulan hadapan iaitu 22 Mei 2020, kini ia ditangguhkan sehingga 10 Julai 2020.
Bandai Namco Entertainment telah mengumumkan pekara ini secara rasmi dengan notis yang dikeluarkan melalui Twitter mereka. Pertama kali permainan ini dimaklumkan adalah pada Mac tahun lalu. Jadi untuk masa ini, para peminat boleh menantikan sementara agar permainan ini juga dapat dihasilkan dengan lancar.
In order to ensure the best possible launch conditions for #SwordArtOnline Alicization Lycoris, we would like to share an update regarding the game's release date. pic.twitter.com/OOIXUs7wYV
— Bandai Namco Ent. UK (@BandaiNamcoUK) April 24, 2020
Dalam notis ini Bandai Namco menyatakan mereka telah berusaha keras dalam pembikinan Sword Art Online: Alicization Lycoris dan mengharap agar peminat terus sokong hingga ke tajuk-tajuk yang seterusnya. Disebabkan situasi yang terjadi pada dunia sekarang, mereka menyatakan ini adalah satu keputusan yang berat untuk menukar tarikh permainan ini kepada 10 Julai 2020. Mereka merasakan ini adalah jalan yang terbaik agar permainan ini dapat disampaikan dengan sempurna dan memberi pemain pengalaman yang terbaik.
https://youtu.be/4eoutzF8K08
Sword Art Online: Alicization Lycoris menandakan kali pertama salah satu permainan Sword Art Online secara langsung menyesuaikan jalan cerita dari anime. Dalam Sword Art Online: Alicization Lycoris Kirito mendapati dirinya di Underworld di mana AI jauh lebih menyerupai manusia daripada di dunia lain. Di tempat ini Kirito menjumpai Eugeo dan mereka membentuk perjanjian untuk bekerjasama, tetapi tidak semuanya mudah kerana pencarian berdasarkan mencari Alice dan menyelamatkannya. Kirito harus berhadapan dengan Integrity Knights di Central Cathedral of the Underworld untuk menyelesaikan misinya.
Jadi jangan lupa untuk terus nantikan pelancaran Sword Art Online: Alicization Lycoris yang akan hadir ke platform PlayStation 4, Xbox One dan PC.
@gamersantaimy
Discussion about this post