Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Switch 2” Mungkin Lancar Pada 2024, Berharga $400 Dengan Versi Hardware Lebih Baik!

Maira by Maira
January 4, 2024
in Artikel, Berita, Game, Nintendo Switch
0 0
0
“Switch 2” Mungkin Lancar Pada 2024, Berharga $400 Dengan Versi Hardware Lebih Baik!

Kredit: Nintendo

Share on FacebookShare on Twitter

Nintendo Switch masih lagi konsol yang popular dalam kalangan gamer walaupun sudah hampir tujuh tahun konsol itu dilancarkan. Walaupun begitu, sudah ramai peminat Nintendo menantikan konsol baharu daripada syarikat tersebut. Baru-baru ini, ada pula berita mengatakan bahawa Switch 2 atau konsol baharu Nintendo akan dilancarkan pada tahun ini. Walaupun begitu, konsol tersebut mungkin hadir dengan versi yang lebih baik daripada hardware Switch.

Kredit: Nintendo

Menurut Dr. Serkan Toto, CEO kepada Kantan Games dan juga penganalisis industri telah menawarkan kepakarannya kepada GamesIndustry.biz dalam sebuah artikel ramalan untuk 2024.

“Akhirnya tiba masa untuk pengganti Switch, walaupun saya boleh mengatakan model “Pro” sebenarnya wujud dan pembangun tertentu telah bekerja dengan kit pembangun itu,” kata Serkan Toto dalam ramalannya, yang turut menyatakan bahawa Switch turut mempunyai konsol versi “Pro”.

Dia percaya bahawa Switch 2 boleh dilancarkan pada tanda harga $400 pada tahun ini (anggaran ~RM 1857). Bukan setakat itu sahaja, game untuk konsol itu juga mungkin mengikut harga game moden terkini iaitu $70 (anggaran ~RM 300). Tambahnya lagi, konsol tersebut akan lebih kepada “lelaran berbanding revolusi”, seperti mana konsol Switch mula-mula diperkenalkan.

“Nintendo mungkin menambahkan beberapa loceng dan wisel pada peranti, tetapi ia akan serupa dengan Switch semasa.”

“Dan kerana terdapat Pokémon, dan Pokémon dikaitkan dengan gaming handheld, tidak mungkin Nintendo akan menghapuskan ciri mudah alih untuk benda besar mereka yang seterusnya.”

Kredit: Nintendo

Seorang lagi penganalisis, Piers Harding-Rolls daripada Ampere Analysis, turut memberikan pandangannya dengan mengatakan bahawa dia menjangka konsol next-gen Nintendo, berkemungkinan Switch 2 akan lancar menjelang penghujung tahun ini.

Melihat laporan-laporan sebelum ini, sudah pasti ramai yang mengharapkan pengumuman rasmi daripada Nintendo pada tahun ini. Jadi kita nantikan sahaja kejutan daripada syarikat itu nanti. Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk berita terkini mengenai game, anime dan banyak lagi!

Sumber: GamerBraves

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: nintendonintendo switchNintendo Switch 2switchSwitch 2
ShareTweetSend
Previous Post

Honor of Kings Global Akan Lancar pada Jun Tahun Ini, Pra-daftar Sekarang!

Next Post

MSI Prestige 13 AI Evo Bakal Tersedia Februari Ini, Harga Bermula RM 5999!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
MSI Prestige 13 AI Evo Bakal Tersedia Februari Ini, Harga Bermula RM 5999!

MSI Prestige 13 AI Evo Bakal Tersedia Februari Ini, Harga Bermula RM 5999!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd