Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Suzume Review — Pengembaraan Mencari Pintu Mistik Bersama Sebuah Kerusi!

Maira by Maira
March 8, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Filem, Movie Review, Review
0 0
0
Suzume Review — Pengembaraan Mencari Pintu Mistik Bersama Sebuah Kerusi!
Share on FacebookShare on Twitter

Makoto Shinkai pencipta kepada filem “Your Name” dan “Weathering With You” kembali dengan filem terbarunya “Suzume”. Kami pasti ramai yang tidak sabar untuk menontonnya di pawagam 9 Mac ini. Kami juga sempat menonton fan screening Suzume pada hujung minggu yang lalu. Tidak sabar untuk kami ceritakan mengenainya kepada anda semua. Jadi tanpa membuang masa, teruskan membaca review kami untuk filem Suzume!

Plot

Klik di sini untuk baca penuh. AMARAN! ADA SPOILER SUZUME!!!

Kita diperkenalkan dengan seorang pelajar sekolah bernama Suzume yang bertemu dengan seorang pemuda yang sedang mencari pintu di bandar itu. Suzume yang berasa seperti pernah menjumpai pemuda itu telah pergi ke kawasan terbiar, di mana pemuda itu telah pergi. Sebaliknya, Suzume telah terjumpa dengan pintu yang dicari dan tanpa sengaja membuka pintu tersebut.

Selepas itu, bencana telah melanda di pelbagai kawasan di seluruh Jepun akibat daripada pintu-pintu yang terbuka. Kini Suzume dan pemuda tersebut perlu mengunci semula pintu itu sebelum dunia mereka hancur!

Sejujurnya, pembukaan filem ini seperti melihat prolog game JRPG, di mana keadaan yang aman bertukar serius apabila bencana tersembunyi menanti. Pengembaraan Suzume dan Souta pula seperti quest di mana kita pergi ke pelbagai tempat untuk mengunci semula pintu-pintu yang terbuka.

Plot cerita ini juga tidak berat malah ia menyentuh pelbagai topik yang fokus kepada kekeluargaan dan persahabatan. Jadi anda mudah sahaja untuk mengikuti perjalanan protagonis kita ini. Plot twist juga disampaikan dengan begitu baik. Kalau nak tahu plot twist tersebut, kenalah tengok filem ini nanti!

Lebih penting sekali, filem Suzume ini tiada kaitan dengan filem terdahulu seperti “Your Name” mahupun “Weathering with you.”

Persembahan

Kualiti animasinya seperti biasa memang mantap. Mungkin ada beberapa CGI yang nampak janggal pada skrin, tetapi bagi kami ia tidaklah begitu teruk sangat. Cuma mungkin ada antara anda yang akan berasa geli melihat “cacing” yang akan tayang nanti.

Cara kedua-dua watak Suzume dan Souta bagi kami ditulis dengan baik. Kami suka bagaimana kedua-dua watak ini berinteraksi, walaupun seseorang itu menjadi kerusi. Sepanjang mereka dalam misi menutup pintu, kita diperkenalkan dengan lebih ramai watak. Waktu ini juga kita serba sedikit dibawa melihat suasana di beberapa bandar di Jepun, sama seperti filem Makoto Shinkai yang lain.

Salah satu benda yang kami suka ialah kita dapat merasakan emosi yang ditayangkan pada skrin, terima kasih kepada pelakon-pelakon suara yang hebat. Hara Nanoka yang memegang watak Suzume memberikan persembahan yang cukup bagus. Memang kami enjoy melihat gelagat watak ini bersama Souta yang dipegang oleh Matsumura Hokuto.

Muzik

Kalau ada salah satu benda yang sering kami dengar ialah muzik filem Suzume. Ianya sangat bagus dan sesuai sangat dengan mood filem ini. Inilah salah sebab mengapa kami terasa seperti bermain game JRPG.

Antara benda menarik mengenai muzik yang dimainkan dalam filem ialah lagu-lagu retro yang dipasang semasa perjalanan. Ia membuatkan seperti anda sedang pergi lawatan yang santai.

Lagu temanya “Suzume” yang dihasilkan oleh RADWIMPS akan buatkan anda ingin mendengarnya berkali-kali selepas menonton filem tersebut.

Kesimpulan

Kami sebenarnya meletakkan jangkaan yang rendah terhadap filem Suzume setelah kecewa dengan filem Weathering with You. Nampaknya Makoto Shinkai sekali lagi memberikan kejutan yang menarik kepada kami. Ia masih mempunyai elemen percintaan dan mistik seperti filem-filem terdahulu, tetapi penyampaiannya lebih baik daripada apa yang kami sangkakan.

Ia juga agak “wholesome” melihat interaksi Suzume dengan watak-watak yang dijumpainya. Membuatkan kita sendiri ingin cuba melancong bersendirian melihat dunia baharu.

Apa pun, kami memang syorkan untuk anda sendiri pergi tonton filem ini di pawagam. KLIK DI SINI untuk mendapatkan lebih banyak review mengenai filem, game, teknologi dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Suzume

9 Score

Review Breakdown

  • Sebuah filem yang membawa anda ke sebuah pengembaraan menarik melibatkan seorang gadis dan kerusi. 0
Tags: Review SuzumeSuzumeSuzume no Tojimari
Previous Post

Kajian kata komuniti One Piece & One Punch Man antara paling ‘toxic’ di Twitter!

Next Post

World of Warcraft: Dragonflight umumkan kemas kini baru! Nantikan perkembangan Embers of Neltharion baru!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
World of Warcraft: Dragonflight umumkan kemas kini baru! Nantikan perkembangan Embers of Neltharion baru!

World of Warcraft: Dragonflight umumkan kemas kini baru! Nantikan perkembangan Embers of Neltharion baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd