Makoto Shinkai yang juga menghasilkan Your Name dan Withering with You telah mengumumkan filemnya yang terbaru iaitu Suzume no Tojimari. Anime tersebut bakal ditayangkan di Jepun pada musim luruh 2022.

Shinkai menggambarkan Suzume no Tojimari sebagai kisah pengembaraan moden, filem aksi dan kisah sebuah perjalanan. Kisah ini mengikuti Suzume, seorang gadis berusia 17 tahun dari bandar Kyushu yang tenang. Dia bertemu dengan seorang lelaki muda yang sedang mencari pintu. Mereka mendapat pintu dalam runtuhan di gunung dan Suzume membukanya. Tidak lama kemudian, lebih banyak pintu mula dibuka di sekitar Jepun, membawa bencana dari seberang. Filem ini menggambarkan kebebasan Suzume dan kematangannya, sehingga dia menutup pintu yang menyebabkan bencana tersebut.

Terdapat perkara yang penting diberitahu oleh Shinkai mengenai filem ini. Ia merupakan sebuah filem perjalanan di sekitar Jepun, cerita mengenai “menutup pintu” daripada membukanya. Filem ini juga menjadi penyebab untuk melawat pawagam. Beliau menghuraikan bahawa “menutup pintu” boleh merujuk kepada menyelesaikan sesuatu.
Shinkai akan mengarah filem dan menulis skrip. Dia juga dikreditkan untuk cerita asal. MAsayoshi Tanaka akan mereka watak. Kenichi Tsuchiya pula mengarah animasi, manakalaTakumi Tanji ialah pengarah seni. CoMix Wave Films dan Story Inc. akan menerbitkan filem itu. TOHO pula akan mengedarkan filem itu.

Semasa sidang tersebut, Mone Kamishiraishi dan Nana Mori menjadi penyampai untuk program itu dan mendedahkan mereka telah papan cerita untuk Suzume no Tojimari. Kakitangan telah merancang projek tersebut dari Januari 2020 hingga Mac 2020, membangunkan skrip dari April hingga Ogos dan mendraf papan cerita dari September 2020 sehingga Disember 2021. Produksi animasi sebenar bermula pada April tahun ini dan berterusan sehingga sekarang.
Jika anda ingin tahu, Makoto Shinkai bukan sahaja menghasilkan Your Name dan Weathering with You. FIlem lain yang juga dihasilkannya ialah 5 Centimeters Per Second, Voices of a Distant Star, She and Her Cat, The Place Promised in Our Early Days, The Garden of Words dan Children Who Chase Lost Voices.
Untuk segala liputan mengenai anime, sila klik pautan ini.
Sumber: ANN, Suzume no Tojimari
@gamersantaimy
Discussion about this post