Anda mesti pernah tonton filem oleh Makoto Shinkai seperti Your Name ataupun Weathering With You? Kalau anda ingin tahu, ada satu lagi filem terbaru yang dihasilkannya iaitu Suzume no Tojimari. Filem tersebut baru sahaja ditayangkan di Jepun pada 11 November yang lalu tetapi telah menjadi filem terbaik malah mengalahkan filem terbaru Marverl, Black Panther: Wakanda Forever di Jepun. Kami tahu pasti anda juga tertanya-tanya jika filem Suzume no Tojimari akan ditayangkan di Malaysia atau tidak? Berita baiknya, TGV Cinemas ada memberikan petunjuk mengenai tayangan filem itu.
[UPDATE]
Melalui GSC Cinemas, filem anime Suzume bakal ditayangkan pada 9 Mac 2023! Akhirnya dapat juga tarikh tayangannya! Anda yang tidak sabar untuk menontonnya, jangan lupa simpan tarikh tersebut!
[UPDATE #2]
Fan screening untuk filem Suzume juga telah diumumkan oleh GSC Cinemas. Klik pautan ini untuk maklumat lanjut.
[Petikan asal artikel]
Melalui Twitter TGV Cinemas, nampaknya pengedar filem, Encore Films akan membawa anime Suzume no Tojimari ke Malaysia nanti. Buat masa ini, masih belum didedahkan bila tayangannya nanti. Tetapi kita semua boleh bersiap sedia untuk menontonnya nanti di pawagam.
Berkenaan filem tersebut, Shinkai akan mengarah filem dan menulis skrip. Dia juga dikreditkan untuk cerita asal. Masayoshi Tanaka akan mereka watak. Kenichi Tsuchiya pula mengarah animasi, manakala Takumi Tanji ialah pengarah seni. CoMix Wave Films dan Story Inc. akan menerbitkan filem itu. TOHO pula akan mengedarkan filem itu.
Berikut adalah sinopsis rasmi untuk Suzume no Tojimari:
Di seberang pintu, adalah masa sepenuhnya—
Perjalanan Suzume yang berusia 17 tahun, bermula di sebuah bandar yang tenang di Kyushu, apabila dia bertemu dengan seorang lelaki muda yang memberitahunya, “Saya sedang mencari pintu.” Apa yang Suzume temui ialah satu pintu lama yang berada di tengah-tengah runtuhan, seolah-olah ia terlindung daripada sebarang malapetaka yang melanda. Terpukau dengan kuasanya, Suzume mencapai tombol pintu tersebut…Pintu-pintu mula terbuka satu demi satu di seluruh Jepun, melepaskan kemusnahan kepada sesiapa yang berada di dekatnya. Suzume mesti menutup portal ini untuk mengelakkan bencana selanjutnya.
Bintang
Matahari terbenam
Langit pagi
Dalam alam itu, seolah-olah semua masa telah lebur bersama di langit—Ditarik oleh pintu misteri ini, perjalanan Suzume bermula.

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post