Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Super Smash Bros. Ultimate memperkenalkan Sora sebagai watak DLC terakhir!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 5, 2021
in Artikel, Berita, Fighting, Nintendo Switch
0 0
0
Super Smash Bros. Ultimate memperkenalkan Sora sebagai watak DLC terakhir!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Nintendo mendedahkan watak DLC terakhir yang akan datang ke Super Smash Bros Ultimate iaitu Sora dari Kingdom Hearts! Seperti yang anda jangkakan, berita ini datang dari acara siaran langsung Nintendo Direct yang hanya tertumpu pada watak DLC tersebut. Berikut adalah treler rasmi:

Didedahkan oleh pengarah Masahiro Sakurai, Sora (Kingdom Hearts) selaku watak DLC terakhir akan menyertai senarai pahlawan Super Smash Bros. Ultimate pada 18 Oktober 2021. Menurut beliau, Sora adalah watak yang paling popular semasa undian peminat yang diadakan beberapa tahun yang lalu. Gameplay di atas juga menunjukkan bahawa Sora adalah pahlawan yang sangat ringan dengan mekanik seperti “counter”, abiliti sihir, Sonic Blade, dan Aerial Sweep sebagai “recovery move”.

Walaupun kostum default milik Sora adalah penampilannya dari Kingdom Hearts pertama, warna alternatifnya termasuk pakaian dari Kingdom Hearts 2, Dream Drop Distance, dan Kingdom Hearts 3. Dia juga memiliki Valor Form, Wisdom Form, Ultimate Form dari Kingdom Hearts 3, dan kostum berdasarkan penampilannya di Timeless River.

Super Smash Bros. Ultimate dilancarkan sejak Disember 2018 dan sangat terkenal kerana membawa pelbagai watak dari IP lain ke medium mereka. Sebelum penambahan Sora, antara watak-watak terkini yang kita boleh cuba termasuk Piranha Plant, Joker, Hero, Banjo-Kazooie, Terry Bogard, Byleth, Min Min, Steve/Alex, Sephiroth, Pyra/Mythra, and Kazuya Mishima. Buat masa ini, Super Smash Bros. Ultimate masih akan kekal popularitinya, tetapi kita tidak akan tahu apa yang bakal terjadi pada masa depan memandangkan game tersebut tidak akan menambah lagi apa-apa DLC baru.

Bagi mereka yang berminat untuk cuba, Super Smash Bros. Ultimate kini tersedia melalui Nintendo Switch dan Nintendo Switch Lite, dan tidak lama lagi pada Nintendo Switch OLED juga. Untuk lebih banyak berita, khabar angin, dan liputan lain tentang platform Switch, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DLCKingdom Heartsnintendonintendo switchsorasuper smash bros. ultimate
Previous Post

Honkai: Star Rail diumumkan secara rasmi oleh miHoYo!

Next Post

Si seram Slender Man nampaknya kembali dengan Slender: The Arrival di Mobile!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Si seram Slender Man nampaknya kembali dengan Slender: The Arrival di Mobile!

Si seram Slender Man nampaknya kembali dengan Slender: The Arrival di Mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd