Bandai Namco telah mengumumkan roadmap baru untuk kandungan post-release bagi Super Robot Wars 30 di mana mereka mendedahkan bahawa game itu akan mempunyai Free Update yang menambah kandungan baharu pada 17 November dan selanjutnya.

Highlight terbesar untuk update pertama ialah penambahan Gespenst Gilliam Jaeger daripada siri SRW Original Generation. Semua pemain dapat merekrut Gilliam dalam stage “Black Spectre” selepas mendapat akses ke adegan free-roam.


Kandungan lain yang disertakan dalam update akan datang adalah Special Stage“Happy 30th Anniversary!”. Menampilkan peta baharu dengan logo Ulang Tahun ke-30 yang besar, pemain akan menerima ganjaran selepas menyelesaikan stage ini termasuk power part “Super Robot Wars Soul” yang meningkatkan damage bagi unit dan mengaktifkan Soul Spirit apabila ia mencapai 130 Morale.


Bandai Namco juga akan mengeluarkan Stage baru bernama “Visitors” untuk semua pemain dalam DLC 1, tidak kira sama ada mereka telah membeli DLC atau tidak. Hanya pemain yang memiliki DLC sahaja dapat mengakses lagu tema instrumental dan Stage yang membenarkan mereka merekrut unit baharu.
Berikut adalah watak yang boleh kita perolehi dalam DLC 1:
- Super Electromagnetic Machine Voltes V
- Voltes V
- Mobile Suit Gundam Char’s Counterattack Beltorchika’s Children
- Hi-Nu Gundam
- Sakura Wars Series
- Type-2 Kobu Sakura Type, Type-2 Kobu Ogami Type, Kobu F2 Erica Type
- STAR V (Rodeo STAR), STAR V (Fujiyama STAR)
- Type-2 Kobu Sakura Type, Type-2 Kobu Ogami Type, Kobu F2 Erica Type
- Super Robot Wars OG Series
- RyuKoOh/KoRyuOh






Walaupun Super Robot Wars 30 DLC1 akan dikeluarkan secara rasmi pada 19 November, mereka yang memiliki Season Pass akan dibenarkan Akses Awal pada 17 November, iaitu pada hari yang sama Free Update dikeluarkan.
Bandai Namco masih belum memberikan tarikh tepat untuk DLC2 yang sepatutnya muncul pada Disember ini. Walau bagaimanapun, mereka telah mengesahkan bahawa update ini akan menambah Super Expert Mode yang lebih sukar dan meningkatkan had maksimum kapasiti bagi jumlah unit dan upgrade.
Super Robot Wars 30 kini boleh didapati di PC melalui Steam di seluruh dunia, serta PlayStation 4 dan Nintendo Switch di Asia.

@gamersantaimy
Discussion about this post