Baru-baru ini, sebuah game Super Mario Bros edisi pertama atau first-run telah dijual dengan harga USD$100,150; lebih kurang RM409,062.68. Ini adalah rekod tertinggi untuk transaksi game collectible.
Apa yang specialnya edisi yang ini adalah sebuah sticker kecik yang ada pada kotaknya. Edisi yang ni takde pakai plastik shrinkwrap, sebaliknya ia hanya guna sticker bulat yang ada logo Nintendo kat atas, tempat buka kotak tu kot. Ini edisi pertama dimana ianya dijual masa NES tengah test market kat New York dan Los Angeles sekitar 1985 dan 1986. Masa tu satu set NES datang bundle skali dengan Duck Hunt dan Gyromite.
Ianya disahkan tulen oleh Wata Games, sebuah syarikat yang buat pengesahan ke atas game collectibles. Menurut president Wata Games Deniz Khan, terdapat banyak salinan game Super Mario Bros in the wild tetapi edisi yang ada sticker kat kotak ni yang diketahui hanya yang ini.
Salinan ini telah dimiliki (dibeli) oleh 3 orang; Jim Halperin, pengasas Heritage Auctions; Rich Lecce seorang pengumpul syiling dan game beserta pemilik kedai game Zac Gieg. Penjualannya diumumkan oleh Heritage Auctions.
Sebab Heritage Auctions ni baru, ini ada elemen-elemen publisiti sket, tapi Deniz Khan kata urusniaga tu memang berlaku. Pemilik asal game ni, berkali-kali cakap yang dia takkan jual kalau tak capai 6 angka. Sebelum ni pernah ada orang offer USD$50k tapi dia tak nak jual. Dia jugak mintak indentiti dia dirahsiakan untuk privasi.
Sebelum ni rekod tertinggi jualan game collectible Super Mario Bros adalah USD$30,000. Gila kaya set-set collector ni. Mesti pakcik-pakcik pencen dan tak tau nak buat apa dengan duit KWSP diorang…
@gamersantaimy
Discussion about this post