Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Super Mario Bros kini menjadi sebuah game Battle Royale!

100 pemain, 1 dunia.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 17, 2019
in Artikel, Berita, PC
0 0
0
Super Mario Bros kini menjadi sebuah game Battle Royale!
Share on FacebookShare on Twitter

Call of Duty ada battle royale. Fallout ada battle royale. Battlefield pun ada battle royale. Kini, Super Mario Bros. original juga mempunyai battle royale. Seorang modder telah menciptakan versi 99-pemain di Super Mario Bros., dan korang boleh mainkannya di web browser masing-masing! Sehingga dapat notis daripada Nintendo lah.

Modder dan Youtube InfernoPlus meluangkan masa tiga minggu untuk membina semula kod original NES Super Mario Bros. di HTML 5. Yang membezakan versi ini ialah korang akan bermain bersama berpuluh-puluh Mario lain, yang kelihatan seperti versi hantu kepada tukang paip terkenal ini. Daripada jatuh ke pulau yang penuh dengan senjata, pemain akan bermain daripada peringkat ke peringkat di game klasik ini.

Idea utama adalah untuk mencapai penghujung peringkat dan mengalahkan Bowser dahulu. Pada masa yang sama, ia bukan sekadar lumba. Walaupun pemain tidak boleh berinteraksi sesama sendiri, setiap power-up di dalam game hanya boleh diambil oleh satu pemain, dan cengkerang Koopa yang melantun boleh menyerang pemain lain. Pemain yang mendapat star power-up, boleh bunuh mana-mana pemain dengan satu sentuhan sahaja.

Di sini InfernoPlus menerangkan bagaiman beliau menghasilkan permainan video tersebut:

Gempak gila kan? Berjalan lancar pulak tuh dan siap boleh pakai controller lagi. Korang boleh cuba di laman web ini buat masa ini. Walaupun hanya bermula sebagai gurauan, tahap butiran dan komitmen kepada original yang berjaya dicapai oleh InfernoPlus memang sangat menakjubkan. Yang saya nak mengadu pun setakat melompat hanya lag sedikit tetapi selebihnya memang puas hati. Pastikan korang cuba juga tau!

Sumber – Youtube@InfernoPlus

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 99 Playerbattle royaleBrowserInfernoPlus'MarioWebyoutube
Previous Post

Developer Shenmue 3 akan menilai situasi tentang perjanjian eksklusif mereka di Epic Games Store!

Next Post

Nampaknya The Last of Us II Berkemungkinan Besar dirasmikan Februari 2020!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta
Esports

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

June 4, 2025
Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!
Berita

Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!

June 4, 2025
Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna
Review

Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna

Next Post
Nampaknya The Last of Us II Berkemungkinan Besar dirasmikan Februari 2020!

Nampaknya The Last of Us II Berkemungkinan Besar dirasmikan Februari 2020!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd