Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Super Bomberman R 2 akan tiba di semua konsol & PC pada tahun 2023!

safwan by safwan
June 29, 2022
in Artikel, Asymmetrical, Battle Royale, Berita, Game Baru, Multiplayer, Nintendo Switch, Online Game, PC, PS4, PS5, Puzzle, Single Player, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Super Bomberman R 2 akan tiba di semua konsol & PC pada tahun 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Seiring dengan acara Nintendo Mini Direct: Partner Showcase yang diadakan malam tadi, Konami mengumumkan game terbaru mereka iaitu Super Bomberman R 2 yang dijadualkan akan keluar pada tahun 2023 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.

Sebagai penambahan daripada mode klasik action-maze, Konami akan menambah ciri-ciri baharu iaitu mode Castle dalam game ini. Mode Castle akan menampilkan perlawanan asymmetrical di mana 1 vs 15 dalam perlawanan berdasarkan attack-versus-defend.

Dalam mode ini, pemain akan bermain sebagai defender yang akan mencipta peta dengan meletakkan perangkap untuk memperlahankan pergerakan penyerang. Defender tidak akan berlawan keseorangan kerana anda akan dapat bantuan daripada watak baharu yang dikenali sebagai Ellons.

Selain itu, Konami akan menambah mode battle royale di mana pemain akan bersaing sebanyak 64 pemain untuk mendapatkan gelaran juara. Bahagian yang menarik adalah mereka menyediakan mode Level Editor di mana anda boleh mencipta level baharu dengan menggunakan pelbagai pilihan terrain, dinding dan perangkap defensif. Tanpa segan silu, anda boleh berkongsi level yang anda cipta bersama pemain lain.

Bukan setakat itu sahaja, mereka juga akan sediakan pelbagai mode lain termasuk mode pertarungan standard dan Grand Prix. Jika, nama pun sudah Grand Prix, sudah pasti ianya akan terlibat dengan perlumbaan kereta dalam litar. Namun, mereka tidak mendedahkan sebarang maklumat berkenaan mode ini.

Berikut adalah sinopsis jalan cerita dalam Super Bomberman R 2:

Kisah lapan Bomberman Brothers dan rakan baharu mereka iaitu Ellons! Ancaman sekali lagi muncul di alam semesta! Bolehkah 8 Bomber Brothers dan rakan baru mereka Ellons, menyelamatkan alam semesta dan menjaga keamanan?

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Super Bomberman R 2 akan dilancarkan pada tahun 2023 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Mereka akan mendedahkan lebih banyak maklumat berkaitan mode story pada akan datang. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: konamiSuper Bomberman R 2
Previous Post

Aether Gazer – Game ARPG terbaru daripada penerbit Azur Lane dan Arknights!

Next Post

Dragon Quest Treasures – Game Spin-off terbaru francais akan lancar pada 9 Disember di Switch!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Dragon Quest Treasures – Game Spin-off terbaru francais akan lancar pada 9 Disember di Switch!

Dragon Quest Treasures - Game Spin-off terbaru francais akan lancar pada 9 Disember di Switch!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd