Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Super Bomberman R 2 akan dilancarkan pada 14 September – seronok bersama kawan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 10, 2023
in Artikel, Berita, Multiplayer, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Super Bomberman R 2 akan dilancarkan pada 14 September – seronok bersama kawan!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Konami telah mengumumkan tarikh keluaran rasmi untuk game ‘party co-op’ Super Bomberman R 2. Bakal dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam, game ini akan dikeluarkan pada 14 September.

https://www.youtube.com/watch?v=j4JqkfmL0m4&ab_channel=KonamiAsia

Sebagai entri terbaharu dalam siri permainan ‘party battle’ Super Bomberman R, judul kali ini memiliki pelbagai game mode dan pengembaraan baharu. Menurut Konami, Super Bomberman R 2 memiliki jumlah kandungan terbesar dalam sejarah siri setakat ini! Game ini bukan sahaja menampilkan pertempuran offline yang boleh dimainkan bersama keluarga dan rakan, tetapi juga pertempuran online yang menghubungkan pemain dari seluruh dunia, serta mode single player.

Kempen single-player

“Kisah 8 Bomberman Brothers dan rakan baharu mereka iaitu Ellons! Kapal Black Moon merayau seluruh galaksi, memusnahkan bandar-bandar di planet yang dilawatinya. Ketika ancaman muncul di seluruh alam semesta sekali lagi, bolehkah 8 Bomber Brothers dan rakan baru mereka, para Ellons, selamatkan alam semesta dan jaga keamanan?”

Battle Mode

  • Standard: Mod pertempuran klasik yang digemari daripada Super Bomberman R 1 dan Super Bomberman online kembali.
  • Grand Prix: Bersaing untuk kristal dan kalahkan pemain lain.
  • Battle 64: Jadilah pemain terakhir yang berdiri dalam battle royale klasik ini. Mode huru-hara ini menampilkan 64 pemain, tetapi hanya seorang sahaja yang boleh keluar sebagai pemenang.

Selain daripada di atas, Battle Mode baharu bernama “Castle” juga ditambah di mana pemain dibahagikan kepada bahagian Attack dan bahagian Castle untuk bertarung demi harta karun!

  • Castle: Lawan 1 vs 15 dalam mode baharu ini. Pemain bertahan ditugaskan untuk mencipta peta dan meletakkan perangkap untuk memperlahankan serangan. Pihak penyerang pula mesti mengatasi pertahanan tersebut untuk mencapai peti harta karun dan menang!

Fungsi “Stage Editor” juga ditambah, yang membolehkan pemain membuat level mereka sendiri dalam “Castle” lalu berkongsinya secara online dengan pemain lain di seluruh dunia.

Bagi mereka yang berminat, Super Bomberman R 2 boleh diprapesan sekarang di Nintendo Switch, PlayStation 5, PlayStation 4,
Xbox Series X|S, Xbox One dan Steam. Game ini turut menyokong cross-play di semua platform di atas.


Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Bomberman, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: bombermanmultiplayerSuper Bomberman R 2
ShareTweetSend
Previous Post

Jujutsu Kaisen: Rupa Sebenar Sukuna Didedahkan, Yorozu Akhirnya Kecundang!

Next Post

The Last of Us Part 1 PC Review — Penantian Yang Mengecewakan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Interviu Shadow Labyrinth – Mengimaginasikan Pac-Man sebagai Metroidvania Gelap
Temuramah

Interviu Shadow Labyrinth – Mengimaginasikan Pac-Man sebagai Metroidvania Gelap

June 23, 2025
Previu Shadow Labyrinth – Combat Kejam, Sesuai Dengan Konsepnya Yang Berubah!
Preview

Previu Shadow Labyrinth – Combat Kejam, Sesuai Dengan Konsepnya Yang Berubah!

June 23, 2025
Unboxing Death Stranding 2: On The Beach Collector’s Edition & DualSense Edisi Terhad
Unboxing

Unboxing Death Stranding 2: On The Beach Collector’s Edition & DualSense Edisi Terhad

June 23, 2025
Next Post
The Last of Us Part 1 PC Review — Penantian Yang Mengecewakan

The Last of Us Part 1 PC Review -- Penantian Yang Mengecewakan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd