Permainan mudah alih paling popular di dunia, PUBG MOBILE, membawa kejutan ikonik bagi pemain dan peminatnya dengan kerjasama bersama McLaren, pengeluar automotif terkemuka Britain. Supercar McLaren 570S kini siap untuk mempercepat perjalanan anda dalam arena medan perang yang mendebarkan dan sengit melalui kemas kini PUBG MOBILE 1.4.
Acara kolaborasi yang disebut “McLaren Drift” kini telah dimulakan. Acara ini memberi peluang kepada pemain untuk mendapatkan kereta baru, McLaren 570S yang diperkenalkan dalam permainan bersama dengan banyak hadiah lain, termasuk kulit senjata, ransel, dan banyak lagi. Warna dan dalaman McLaren 570S dapat disesuaikan mengikut pilihan pemain. Supercar ini juga hadir dalam 6 warna yang berbeza, termasuk: Zenith Black, Lunar White, Raspberry, Glory White, Royal Black, dan Pearlescent.
Acara McLaren Drift akan berlangsung sehingga 30 Jun, dan pemain perlu menghabiskan UC untuk mendapatkan McLaren. Pemain kini boleh mengambil bahagian dalam cabutan bertuah untuk setiap tahap kelajuan bermula dengan 90 UC untuk menyertai acara ini atau mencuba mendapatkan McLaren 570S dengan harga potongan apabila menggunakan baucar yang boleh diperoleh dengan berkongsi kegembiraan acara ini di media sosial pemain . Apabila maju ke tahap kelajuan yang lebih tinggi, pemain dapat ganjaran yang lebih menarik dan lebih besar! Hadiah merangkumi baucar bertuah, skin senjata, pakaian tetap, dan pingat bertuah yang dapat ditebus untuk McLaren 570S yang sangat hebat!
Pemain yang berjaya mendapatkan McLaren 570S, boleh meraikannya dengan menunjukkan supercar mereka kepada rakan atau pemain lain di arena Cheer Park melalui Airdrop. Pemain tidak perlu risau semasa mengemudi McLaren mereka dalam pertempuran kerana pemain lain tidak dapat memandu atau bahkan mengambil supercar mereka. Juga, hanya untuk pilihan warna Pearlescent, pemain dapat merasakan sensasi terjun dari pesawat menggunakan supercar mereka.
“Peluang untuk membawa supercar McLaren ke PUBG MOBILE benar-benar merupakan saat yang menggembirakan. Kerjasama ini melalui versi 1.4 benar-benar masa yang tepat untuk kita memperkenalkan McLaren 570S yang mampu mempercepat hingga 150 KM / jam. Selain itu, kami gembira dapat memasukkan permainan dan mekanisme baru, semuanya didedikasikan untuk memberikan pengalaman permainan terbaik untuk semua komuniti dan pemain, ”-Jenny Zhuang, Pengurus Pemasaran PUBG MOBILE.
Kemas kini kandungan PUBG MOBILE x McLaren kini tersedia secara percuma melalui App Store dan Google Play Store.

@gamersantaimy
Discussion about this post